CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Rabu, 9 Oktober 2013

PERHITUNGAN SEORANG PEMIMPIN

Assalamualaikum w.b.t & salam ukhwah buat semua. Seminggu sudah cuti semester dan masih berbaki EMPAT minggu. Ok ! Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan kudrat untuk jari-jemariku terus menaip sebuah entry "PERHITUNGAN BAGI SEORANG PEMIMPIN"

Dari Sa'ad bin Abi Waqqash RA, Rasulullah SAW bersabda: "Aku tidak pernah mendengar Nabi SAW bersada yang ditujukan kepada seseorang yang berjalan di atas bumi, "Sesungguhnya kamu termasuk salah satu penghuni syurga, kecuali kepada Abdullah bin Salan."
(Hadis Riwayat al-Bukhari,Muslim,Hilyatul Auliya':6/344)
KHALIFAH HARUN AR-RASHID merupakan pemerintah kelima kerajaan Abbasiyah. Beliau seorang pemimpin yang telah mewujudkan keamanan, kedamaian serta kesejahteraan rakyat.Ketika memegang tampuk kepimpinan, beliau telah banyak melakukan perubahan dan pembaikan pentadbiran antranya mendirikan Baitul Hikmah sebagai lembaga penterjemah yang berfungsi sebagai perguruan tinggi, perpustakaan dan penelitian yang membolehkan era pemerintahan beliau dikenali sebagai Zaman Keemasan Islam kerana ketika itu Baghdad menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dunia.

Pada suatu hari, beliau telah pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Setibanya di sana, dia telah mendaki bukit safa bersama seorang ulamak yang bernama Ab. Aziz al Umairi. Di atas puncak bukit mereka berdua memandang ke arah kaabah dan melihat manusia yang berpusu - pusu mengerjakan tawaf. Lalu berkatalah Ab. Aziz al-Umairi kepada Khalifah Harun ar-Rashid.

" Lihatlah wahai khalifah berapa ramai orang yang sedang tawaf di sana," kata Ab. Aziz al-Umairi. Khalifah Harun ar-Rashid memerhati jumlah manusia yang begitu ramai berada di sekeliling kaabah.

"Ketahuilah wahai Khalifah, Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat dapat menghitung berapa ramai jumlah orang yang sedang bertawaf di sana. Mereka semua pada hari kiamat kelak akan ditanya tentang diri mereka dan segala amal kebajikan yang mereka lakukan selama mereka hidup di atas muka bumi ini, tetapi kamu akan ditanya tentang diri kamu serta mereka semua yakni rakyat yang telah kamu pimpin itu."

Mendengar sahaja kata - kata daripada ulamak Ab. Aziz al-Umairi itu, lalu mengalirlah air mata Khalifah Harun ar-Rashid mengenangkan betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang akan diperhitungkan segalanya di akhirat kelak.

# Peringatan buat diri sendiri & semua :)

Tiada ulasan: