CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Selasa, 29 Oktober 2013

Kebijaksanaan & Malcolm X

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera sebagai pembuka bicara :D

Sebelum kita bicarakan dengan lebih lebar berkenaan fikah, mari kita analisis cerita.Cerita ini bukan cerita pada zaman nabi ataupun sahabat.Tetapi, ia adalah cerita pada zaman moden ini.
Pernahkah kita mendengar nama MALCOLM X ? Haa, siapakah beliau ? Seorang pejuang kulit hitam berasal dari Amerika. Beliau juga pemimpin The Nation of Islam. Ya!. Malcolm X. Kalau kita tanya ayah ataupun datuk, mungkin mereka dapat menceritakan kepada kita kisah perjuangan Malcolm X.**kalau depa tau la.hee** Ehh, tetapi jangan salah orang. Beliau bukanlah Malcolm McLaren.Siapa pula Malcolm McLaren ni?

Malcolm McLaren adalah seorang yang berfikiran kiri yang mempopularkan kumpulan band The Sex Pistol. Kumpulan ini menjadi kebanggaan dan simbol pemberontakan budak - budak punk. Malcolm McLaren juga terkenal dengan usahanya menjadika  Peristiwa Paris Mei 1968 sebagai punca huru - hara. Apa yang berlaku dalam peristiwa itu? Dalam peristiwa itu, mahasiswa, pelajar dan buruh melakukan pemberontakan menggulingkan Presiden Charles de Gaulle. Sebab itulah Malcolm McLaren ingin mengabadikan peristiwa itu dalam sebuah kumpulan muzik. Maka,lahirlah kumpulan The Sex Pistol. Sebuah kumpulan muzik yang popular dan penuh kontroversi yang meletup pada tahun 1970-an. Slogan mereka yang terkenal adalah 'Destroy!'.

Alamakkk, lebih - lebih pula. Tetapi tidak mengapa,bagi menambah pengetahua berkenaan kumpulan punk dan bagaimana lahirnya idea punk.Tapi tahu ja tau, jangan ikut pula ! Cuba tengok bebudak yang berambut warna - warni, pakai kasut boot, tindik sana sini dan jarang mandi. Alamak, tak busuk ka  join mereka? Itulah gaya seorang punk. Kononnya cantik sangat. OK. Stop,wana! Kita sambung semula berkenaan fikah, berkaitan dengan keperwiraan Malcolm X.

Hero kita ini tewas dibunuh semasa berumur 39 tahun. Beliau menjadi individu yang terkenal. Padahal sebelum itu, tidak ada seorang pun yang kenal dia.Maklumlah orang berkulit hitam.Tetapi kerana kebijaksanaan dan ilmunya, dia menjadi seorang yang terkenal sehingga namanya disebut seantero dunia!

Malcolm X terkenal dengan jolokan sebagai Detroit Red semasa beliau menjadi pejuang jalanan. Dia pernah dipenjarakan kerana memperjuangkan hak orang kulit hitam di Amerika. Dia dipenjarakan di Norfolk Prison Colony. Alhamdulillah, dengan takdir Allah dia mengenali Islam semasa berada di dalam penjara lalu menganut Islam. Usaha pertamanya selepas menganut Islam adalah menghantar surat kepada rakan - rakannya, Mahu berdakwah kepada mereka. Surat - surat itu dialamatkan ke bar - bar tempat mereka sering melepak dan mabuk pada suatu masa dahulu.Tapi tidak ada satu pun suratnya dibalas. Sobsobsob :'(

Dia juga turut berdakwah kepada orang  - orang besar di Amerika pada masa itu. Fuyooo, hebatlah dia! Dia menghantar surat kepada Gabenor Massachusset, William Boston. Bahkan turut menghantar surat kepada Presiden Amerika, Harry S.Truman. Tentu sahaja tidak ada satu pun suratnya dibalas. Dalam biografinya, Malcolm mengakui dia sebenarnya frust. Bukan kerana ajakannya tidak disambut, tetapi kerana kelemahan dirinya menarik minat orang lain kepada Islam. Dia mengakui tidak mempunyai idea bernas ketika berhujah berkaitan Islam. Dia tidak pandai bermain kata - kata bagi menyampaikan isi hatinya kepada orang. Maklumlah, dia tidak pernah habis sekolah. Sekolah pun sekerat jalan, terpakasa berhenti disebabkan masalah kehidupannya.

Menyedari kelemahan dirinya, Malcolm mula mengorak langkah.Dia mula belajar di perpustakaan penjara, Dia membaca buku - buku,tetapi tersangkut - sangkut. Dia frust semula kerana apa yang dibacanya tidak difahami.Akhirnya, dia membuat kesimpulan menyelesaikan masalahnya denagan membaca kamus. Ha! Baca kamus? Mungkin kita rasa pelik. Tetapi itulah yang dilakukannya.Bak kata pepatah, "Nak seribu daya,tak nak seribu dalih". Mula-mula dia belek - belek kamus. Buka,lihat kemudia tutup semula.Lepas tu buka semula. Tengok semula. Dia shock. Banyaknya perkataan! haha "Ketika bangun daripada tidur yang terfikir olehku hanyalah perkataan - perkataan." Selepas itu, dia terus membaca dan membaca.

"Sekarang aku yakin dengan penguasaan perkataan yang kian banyak, aku dapat memahami apa pun yang tertulis di dalam buku. Sebuah dunia baru akan terbuka di hadapan mata seseorang, sekiranya dia selesai membaca buku yang mengandungi ilmu yang amat berguna. Suatu perkara yang ingin aku ceritakan kepada kamu, sejak saat itu sehingga kau dibebaskan dari penjara, aku tidak lagi membaca di perpustakaan. Tetapi aku membaca di dalam sel (bilik penjara) aku. Kamu tidak mungkin memisahkan aku daripada buku. Aku membaca pemikiran Elijah Muhammad (Ketua Nation of Islam), menulis surat, menemui orang yang datang menjengukku dan membaca buku - buku. Waktu terus berlalu tanpa aku sedari aku adalah seorang tahanan. Justeru pada masa itulah, pertama kali aku merasakan kebebasan yang sebenarnya, yang sebelum ini tak pernah aku rasai." 

Begitulah kata yang diceritakan oleh Malcolm X. Itulah hikmah dan kebijaksanaan yang diperoeh oleh Malcolm X semasa mengkaji ilmu. Dengan kesungguhan akhirnya dia berjaya menndapatkan kebijaksanaan walaupun dipagari dengan pagar - pagar besi!  Persoalannya, adakah kita juga mendapat kebijaksanaan itu? Sudahkah kita menggali ilmu sebagaimana yang dilakukan oleh Malcolm X ?

Wallahu'alam.

Tiada ulasan: