CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Selasa, 29 Mac 2011

hed0NisMe?

HEDONISME itu ringkasnya satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Hedonismelah yang melanda generasi belia kini. Ia menimbulkan kebimbangan negara terutama ketika Malaysia berhasrat menjadi negara maju.
Berdasarkan sejarah, amalan hedonisme berasal dari Eropah selepas zaman Ratu Victoria. Beliau yang begitu fanatik dengan ajaran Kristian melarang segala perbuatan yang dianggap boleh menghina agama.
Antara arahan yang dikeluarkannya ialah mewajibkan penggunaan penutup meja bertujuan menutup kaki meja. Kebanyakan kaki meja pada zaman itu mempunyai ukiran berbentuk kaki perempuan yang mengghairahkan. Oleh kerana perbuatan itu dianggap menghina perempuan dan bertentangan dengan agama, beliau mengeluarkan arahan supaya kaki meja ditutup menggunakan kain.
Selain itu, pelbagai arahan dikeluarkan bagi menyekat kebebasan rakyat seperti larangan mengenai seks yang dianggap keterlaluan oleh masyarakatnya, hiburan dan sebagainya.
Selepas pemerintahan Ratu Victoria, keadaan mula berubah. Penggantinya membenarkan semua perkara yang sebelum ini dilarang. Dengan itu bermulalah era dunia moden yang membenarkan semua amalan yang dulunya dilarang.
Kebebasan itu menular di kalangan masyarakat hingga melampaui batas susila dan agama. Pergaulan bebas, seks luar nikah, hiburan yang melampau dan seumpamanya. Pemerintah turut menggalakkan pelbagai pesta dan diadakan secara besar-besaran.
Hasilnya masyarakat hanyut dibuai hawa nafsu dan mengetepikan agama daripada kehidupan. Rakyat mula mengejar kepuasan nafsu semata-mata. Mereka sentiasa leka mencari kepuasan jasmani tanpa didasari asas pemikiran dan batas susila yang seharusnya dipelihara.
Melalui perkembangan masa, pengaruh budaya itu kemudiannya menular ke negara lain di dunia termasuk negara ini.
Secara umumnya, hedonisme itu boleh dianggap neokolonialisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh Barat. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara hidup ‘happy go lucky’, melepak, mengunjungi pesta liburan, seks bebas dan sebagainya adalah termasuk dalam tabiat ini.
Secara jelas, konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan kepuasan nafsu tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama.
Gejala ini timbul berikutan kegagalan manusia memahami konsep ajaran agama yang menekankan keseimbangan antara nafsu dan akal fikiran demi kesejahteraan manusia.
Budaya ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar.
Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan kebebasan media yang tidak dikawal ketat, hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari mereka. Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa. Ini termasuk penggunaan pil Eecstasy yang banyak digunakan oleh remaja kota.
Selain itu, peningkatan kelahiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi adalah akibat gejala negatif di kalangan remaja yang terpengaruh dengan hedonisme.
Islam awal-awal lagi menolak gejala negatif ini. Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sewaktu fasa pertama dakwahnya di Makkah menekankan keburukan hawa nafsu dan menyeru manusia mengamalkan akhlak terpuji.
Sewaktu Islam mula berkembang di tanah Arab, gejala buruk seperti minum arak, pelacuran dan berfoya-foya di kalangan masyarakat Arab Jahiliyah begitu ketara. Hanya selepas Islam bertapak kukuh perkara itu dapat dibendung dan diatasi. Islam juga mengajar penganutnya melakukan perkara yang berfaedah dan menjauhi perkara yang sia-sia dengan mengemukakan konsep semua perbuatan akan dihitung oleh Allah di akhirat kelak.
Malah dalam hadis yang diriwayatkan, Rasulullah bersabda yang bermaksud bahawa Islam itu adalah pekerti yang terpuji. Hadis itu dengan jelas mengajar umat Islam bahawa sebarang pekerjaan atau sikap yang bertentangan dengan nilai dan norma agama akan mendapat balasan seksaan di akhirat dan terkeluar dari ajaran agama.
Punca gejala ini timbul akibat kurang didikan agama. gejala negatif di kalangan belia terutama remaja Islam. Didikan agama yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.
Pendidikan Islam negara perlu dirombak semula bagi memastikan keberkesanannya dalam jiwa pelajar. Walaupun semua komponen pendidikan agama sudah dimasukkan dalam kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran tetapi pendekatannya kurang menarik minat mereka.
Realiti pelajar masa kini mempelajari agama semata-mata untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Pelajaran yang diberikan hanya untuk memberi pengetahuan bukan untuk diamalkan. Akibatnya walaupun pelajar Islam mendapat pendidikan agama tetapi daripada statistik yang dikeluarkan majoriti mereka yang terjebak dalam gejala negatif.
Ketika ini dianggarkan lebih 400,000 remaja Islam terjebak dengan penagihan dadah dan ini bermakna negara kehilangan 400,000 pemimpin generasi akan datang. Keadaan bertambah buruk apabila kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk memulihkan mereka kembali. Ini tidak termasuk mereka yang ketagih arak, melacur, terbabit dengan kegiatan kongsi gelap, punk dan gejala sosial lain.
Pusat Islam harus memikul tanggungjawab bersama menggerakkan semua agensi agama di seluruh negara termasuk pegawai majlis agama negeri menjalankan gerak gempur memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai bahaya gejala ini. Malah semua agensi kerajaan seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Belia dan Sukan akan menggembleng tenaga membina sahsiah generasi muda.

Ahad, 20 Mac 2011

cantek??

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.
Cantik sebagai ujian
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.
Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupasemata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.
Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

Jumaat, 18 Mac 2011

kebaikan wrna..

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH
kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU
Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah “screen saver” computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tena
ngdan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik… ..!

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN WARNA: HIJAU Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan

"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!".

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

180311

ary ni awl2 lg dy da kol..huh! 
tny dy sl dx f5 skola dy kna buang ue..
dy ckp pnce sbnr drpd dx f4 ue sdri..bla,bla,bla..
hehe =='' nseb bek km0 xtlbt! klw x..
hahahaha! abis satu pdg skola sy lign km0 :)''
don't noty2 tw!! sy noty xp..hahax *fair x?
kwn,,km0 cllu bg sy cmgt dlm pljrn.. 
n..km0 sntisa akhri sms km0 dgn 'c u d ipt' [_^]
 i.Allah..
 tQ dear! 

kwan2..oke lr,,nx cmbunk stdy..
~wassalam~

Rabu, 16 Mac 2011

sejarah penerokaan NAKA

Suasana negeri Kedah pada awal 1800-an berada alam keadaan tidak menentu. Serangan-serangan tentera Thai-Siam dan konco-konconya menyebabkan ramai orang Melayu melarikan diri ke negeri Kedah. Pada waktu ini berlaku penghijrahan orang-orang Ligor dan Petani ke Kedah. Mereka telah membuka petempatan baru di kawasan-kawasan pendalaman Kedah seperti di Mong Gajah, Pong Kha, Pedu, Kampung Bendang Pak Bahar, Kampung Bayas, Na Pit, Pak Kra dan lain-lain lagi.

Pada pertengahan abad ke 18 Hj Abu berserta anak-anaknya (Haji Shafie, Lebai Samad, Jenab dan Pek Chet) berpindah ke Kampong Bendang Tok Teri dari Kampung Masjid. Haji Abu mengelolakan dan mentadbir Bendang Tok Teri sehingga beliau diakui dan diiktiraf sebagai Ketua masyarakat di Bendang Tok Teri dengan gelaran "Tok Nai Ban" oleh Panglima Haji Mohamad Salleh pada waktu itu. Keuzuran Haji Abu, peranan menjaga Kampung Bendang Tok Teri tersebut diteruskan oleh anak sulungnya Haji Shafie. Antara anak-anak Haji Shafie ialah Awang Ahmad (Mat Platon). Manakala anak keduanya (Lebai Samad) telah berkahwin dengan sepupunya Mek Mas dari Kampung Masjid. Beliaulah yang mula-mula meneroka Naka.

Sekitar tahun 1920 - 1924 (tahun gelap) oleh Lebai Samad dan Mek Mas (Isteri) dan anak-anak (Meneh, Mariam, Man dan Mat Ali) membuat kampung untuk berhuma dan bercucuk tanam di seberang Sungai sebelah Kampung Bendang Tok Teri (di hadapan Balai Polis Naka sekarang). Kemudian diikuti oleh Saad sekeluarga dan Tok Jaafar dari Kg Masjid. Tok Jaafar tidak kekal lama di situ dan balik ke Kg masjid kerana keluarga tidak mahu ikut berpindah. Lebai Samad, Mat Ali (anaknya) dan Shafie (menantunya) berperanan memakmur dan memajukan Naka. Manakala Lebai Man berkahwin dan belajar di Pondok Chegar, Pendang. Kematian Maneh menyebabkan Shafie pulang ke Kg Bukit bersama anaknya Aziz dan Bakri. Kesedihan Lebai Samad membawa kematian beliau dan diikuti oleh anaknya Mat Ali pada tahun berikutnya, Peranan memajukan Naka beralih tangan kepada anak Saad iaitu Lateh. Lateh (Tok Lateh) memanggil pulang sahabatnya Lebai Man (Tok Wak anak lebai Samad)) dari pondok Cegar agar sama-sama memajukan Naka. Tok Wak menyerahkan segala urusan memajukan Naka kepada Lateh dan beliau lebih menumpukan kepada hal-ehwal agama masyarakat setempat sehingga akhir hayatnya. Omar anak Mariam binti Lebai Samad merupakan orang pertama kelahiran Naka

kebaikan mandi..

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

kwaN bwU..*_*

hehe!yahhooo..srnoknyeww..dpt kwn bwu..
dh ue drpd sbh..
mlm nie pgi mdi air pnas at ulu lg0ng..
otw k sne...prlu mlintasi SMKAS
weyh! wndu gler..trgt memori yg d sne..huhux:P
k.ija n adqnye..

pzul n nT..
knk2 strwberi..huhu
me(,'')

nice to knw u all <3

tDk b'TjUk(,'')

hyep!!
smlm da someone ntr sms..huhux
ble tny dy nga bt ap...dy ckp nga stdy fzik,
fuhh!! nga stdy fzk un leyh msj2 g k??
hehehe ==''
-awk nga bt p ue?-nga stdy jgk! chemis3..<3
xp xggu un! ble msj ngn awk ase sng jewp fzk nieyh!
hah!tuuudiiienn..ssh klw bgni..
awk soe k ggu mlm2 bgni..dh ue nga stdy,, kt skol ssh nx cntct..
ble cti pjg j blx umh..
xp an awk? ktw strggle tol2 2k SPM nxt yer keyh~
n lastly u said: see u d ipt,syg! haha..oke..i.Allah
amin ya rbbal 'alamin..
huh,jam da m'njukkn kol 11 da...
jom2..prg lbry..stdy weyh!

Isnin, 14 Mac 2011

saia bkn pljr pra-U!!

hurm..nx tw knp?
bgni story nyew..
saia bru blek dri kem bina negara at KBM Kulim..huh!kem ni utk dx2 pra-U jewp, abes ue np saia trlibat??
diowg nx 40 org pljr pra-U utk stp skola. dx pra-U skola sy just ad 19 org..hehe,,ramai an3??
so,trpksalah kaunslor cri dx form 5sc. abes satu kls 5sc p..tgk2..xckop lgi swg.hehe..saia la yg ckg cari==''
erm,kt sne best gler! dpt manyak pglman bru....sni0r2 bru..
fc2 lak..sporting gler3,,sng ckp..mmg syI0k snad3!!!

Sabtu, 5 Mac 2011

mgpa ngnt0k wkt bljq???

Ramai pelajar yang apabila mahu belajar terasa mengantuk.  Ada pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata terasa berat.  Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri.  Kali ini saya mahu membincangkan faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara untuk mengatasinya.
Tidak cukup tidur.   Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar disekolah.  Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1.00 pagi.  Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal.  Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran.  Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan ber-IRC (chit chat) di internet sehingga pagi.
Kalaulah ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup anda.  Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia.  Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini.  Ingat pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang 'study smart' bukan semata-mata 'study hard'.
Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk.  Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam sehari.  Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.
Makan terlalu banyak. Ini juga merupakan satu tabiat buruk.  Apabila anda kuat makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut.  Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga.  Ini membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji.
Badan terlalu letih.  Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari.  Kalau anda ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda.   Ada ketikanya andabersukan atau beriadah secara keterlaluan.   Bermain bola diwaktu petang secara berlebih-lebihan.  Berbasikal keliling kampung berjam-jam.  Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan. 
Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul.  Perbaiki matlamat anda beriadah.  Anda beriadah untuk membolehkan anda segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran.  20 - 30 minit sehari adalah mencukupi.
Ada pula sesetengak pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum yang berlebih-lebihan.  Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan.  Terlibat secara ala kadar.  Pilih aktiviti yang paling anda minati.   Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang sedangkan SPM anda kecundang.  Tidak ada gunanya menjadi olahragawan/olahragawati sekolah tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang.
Oleh itu pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum.  Pastikan anda tidak kesuntukan masa.  Pastikan anda tetap segar dan tidak mengantuk dimalamnya.
Tiada minat belajar. Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar.   Sebelum saya pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu?  Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda.  Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna, markah yang tinggi dan sebagainya.
Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tak minat sejarah?  Tidakkk!  Oleh itu minat timbulnya apabila anda lihat dalam diri anda ada potensi untuk pergi lebih jauh.  Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.
Oleh itu yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri.  Anda pelu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari. 
Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran:
 
  • Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca.   Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca.  Dapatkan satu gambaran yang menyeluruh terlebih dahulu.Perhatikan perkara-perkara yang berikut:
    • Tajuk-tajuk kecil - dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain.
    • Rajah-rajah.
    • Jadual.
    • Carta.
    • Peta.
  • Baca perenggan bahagian pendahuluannya. 
  • Baca perenggan bahagian penutup atau kesimpulannya.
  • Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan secara terperinci.
Membaca hanya satu hala.  Ramai pelajar yang membaca dan mengharapkan 'input' semata-mata.  Mereka mengharapkan melalui pembacaan setiap maklumat disuap dari buku ke dalam minda.  Proses membaca begini ialah proses sehala dan ia cukup menjemu dan membosankan.  Anda perlu berinteraksi secara interaktif antara anda dan buku yang dibaca.  Untuk menjadikan proses membaca lebih bersifat dua hala anda perlu lakukan perkara yang berikut:
  • Dapatkan 10 - 20 soalan berkaitan tajuk yang mahu anda baca sebelum anda membaca teksnya.  Fahami kehendak soalan ini.  Apabila anda membaca kelak anda pasti menemui jawapan kepada soalan dan ini pasti meningkatkan tumpuan dan minat anda.
  • Sentiasa tanya diri anda sebarang soalan yang bermula dengan Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? dan Bagaimana?  Ini membuatkan anda sentiasa mencari maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk anda.
  • Selepas satu perenggan atau satu muka surat.... berhenti sejenak.  Tanyakan diri anda sekali lagi tentang apa yang telah anda ketahui sebentar tadi.  Cuba lakar-lakarkan pada sehelai kertas rajah atau fakta-fakta penting yang anda ketahui.  CUba ceritakan semula pada diri anda apa yang telah anda baca.  Ceritakan dalam suara yang boleh didengar oleh telinga anda sendiri.   Dengan cara ini anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat.
Buat nota ringkas.  Jangan sekadar membaca sahaja.  Cuba kenal pasti kata kunci (lihat artikel terdahulu) dan ringkaskan setiap fakta penting ke dalam bentuk nota ringkas.  Dengan melibatkan lebih banyak deria dalam satu-satu proses membaca membuatkan anda rasa seronok.  Dengan membuat nota ringkas anda sebenarnya menggunakan bahagian kinestatik diri anda.  Kalau sekadar membaca sahaja tanpa sebarang penghasilan nota anda cuma gunakan bahagian visual dan auditori semata-mata.   Penglibatan bahagian kinestatik penting kerana ia mengukuhkan lagi ingatan anda terhadap apa yang anda pelajari.