CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Selasa, 29 Oktober 2013

Kebijaksanaan & Malcolm X

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera sebagai pembuka bicara :D

Sebelum kita bicarakan dengan lebih lebar berkenaan fikah, mari kita analisis cerita.Cerita ini bukan cerita pada zaman nabi ataupun sahabat.Tetapi, ia adalah cerita pada zaman moden ini.
Pernahkah kita mendengar nama MALCOLM X ? Haa, siapakah beliau ? Seorang pejuang kulit hitam berasal dari Amerika. Beliau juga pemimpin The Nation of Islam. Ya!. Malcolm X. Kalau kita tanya ayah ataupun datuk, mungkin mereka dapat menceritakan kepada kita kisah perjuangan Malcolm X.**kalau depa tau la.hee** Ehh, tetapi jangan salah orang. Beliau bukanlah Malcolm McLaren.Siapa pula Malcolm McLaren ni?

Malcolm McLaren adalah seorang yang berfikiran kiri yang mempopularkan kumpulan band The Sex Pistol. Kumpulan ini menjadi kebanggaan dan simbol pemberontakan budak - budak punk. Malcolm McLaren juga terkenal dengan usahanya menjadika  Peristiwa Paris Mei 1968 sebagai punca huru - hara. Apa yang berlaku dalam peristiwa itu? Dalam peristiwa itu, mahasiswa, pelajar dan buruh melakukan pemberontakan menggulingkan Presiden Charles de Gaulle. Sebab itulah Malcolm McLaren ingin mengabadikan peristiwa itu dalam sebuah kumpulan muzik. Maka,lahirlah kumpulan The Sex Pistol. Sebuah kumpulan muzik yang popular dan penuh kontroversi yang meletup pada tahun 1970-an. Slogan mereka yang terkenal adalah 'Destroy!'.

Alamakkk, lebih - lebih pula. Tetapi tidak mengapa,bagi menambah pengetahua berkenaan kumpulan punk dan bagaimana lahirnya idea punk.Tapi tahu ja tau, jangan ikut pula ! Cuba tengok bebudak yang berambut warna - warni, pakai kasut boot, tindik sana sini dan jarang mandi. Alamak, tak busuk ka  join mereka? Itulah gaya seorang punk. Kononnya cantik sangat. OK. Stop,wana! Kita sambung semula berkenaan fikah, berkaitan dengan keperwiraan Malcolm X.

Hero kita ini tewas dibunuh semasa berumur 39 tahun. Beliau menjadi individu yang terkenal. Padahal sebelum itu, tidak ada seorang pun yang kenal dia.Maklumlah orang berkulit hitam.Tetapi kerana kebijaksanaan dan ilmunya, dia menjadi seorang yang terkenal sehingga namanya disebut seantero dunia!

Malcolm X terkenal dengan jolokan sebagai Detroit Red semasa beliau menjadi pejuang jalanan. Dia pernah dipenjarakan kerana memperjuangkan hak orang kulit hitam di Amerika. Dia dipenjarakan di Norfolk Prison Colony. Alhamdulillah, dengan takdir Allah dia mengenali Islam semasa berada di dalam penjara lalu menganut Islam. Usaha pertamanya selepas menganut Islam adalah menghantar surat kepada rakan - rakannya, Mahu berdakwah kepada mereka. Surat - surat itu dialamatkan ke bar - bar tempat mereka sering melepak dan mabuk pada suatu masa dahulu.Tapi tidak ada satu pun suratnya dibalas. Sobsobsob :'(

Dia juga turut berdakwah kepada orang  - orang besar di Amerika pada masa itu. Fuyooo, hebatlah dia! Dia menghantar surat kepada Gabenor Massachusset, William Boston. Bahkan turut menghantar surat kepada Presiden Amerika, Harry S.Truman. Tentu sahaja tidak ada satu pun suratnya dibalas. Dalam biografinya, Malcolm mengakui dia sebenarnya frust. Bukan kerana ajakannya tidak disambut, tetapi kerana kelemahan dirinya menarik minat orang lain kepada Islam. Dia mengakui tidak mempunyai idea bernas ketika berhujah berkaitan Islam. Dia tidak pandai bermain kata - kata bagi menyampaikan isi hatinya kepada orang. Maklumlah, dia tidak pernah habis sekolah. Sekolah pun sekerat jalan, terpakasa berhenti disebabkan masalah kehidupannya.

Menyedari kelemahan dirinya, Malcolm mula mengorak langkah.Dia mula belajar di perpustakaan penjara, Dia membaca buku - buku,tetapi tersangkut - sangkut. Dia frust semula kerana apa yang dibacanya tidak difahami.Akhirnya, dia membuat kesimpulan menyelesaikan masalahnya denagan membaca kamus. Ha! Baca kamus? Mungkin kita rasa pelik. Tetapi itulah yang dilakukannya.Bak kata pepatah, "Nak seribu daya,tak nak seribu dalih". Mula-mula dia belek - belek kamus. Buka,lihat kemudia tutup semula.Lepas tu buka semula. Tengok semula. Dia shock. Banyaknya perkataan! haha "Ketika bangun daripada tidur yang terfikir olehku hanyalah perkataan - perkataan." Selepas itu, dia terus membaca dan membaca.

"Sekarang aku yakin dengan penguasaan perkataan yang kian banyak, aku dapat memahami apa pun yang tertulis di dalam buku. Sebuah dunia baru akan terbuka di hadapan mata seseorang, sekiranya dia selesai membaca buku yang mengandungi ilmu yang amat berguna. Suatu perkara yang ingin aku ceritakan kepada kamu, sejak saat itu sehingga kau dibebaskan dari penjara, aku tidak lagi membaca di perpustakaan. Tetapi aku membaca di dalam sel (bilik penjara) aku. Kamu tidak mungkin memisahkan aku daripada buku. Aku membaca pemikiran Elijah Muhammad (Ketua Nation of Islam), menulis surat, menemui orang yang datang menjengukku dan membaca buku - buku. Waktu terus berlalu tanpa aku sedari aku adalah seorang tahanan. Justeru pada masa itulah, pertama kali aku merasakan kebebasan yang sebenarnya, yang sebelum ini tak pernah aku rasai." 

Begitulah kata yang diceritakan oleh Malcolm X. Itulah hikmah dan kebijaksanaan yang diperoeh oleh Malcolm X semasa mengkaji ilmu. Dengan kesungguhan akhirnya dia berjaya menndapatkan kebijaksanaan walaupun dipagari dengan pagar - pagar besi!  Persoalannya, adakah kita juga mendapat kebijaksanaan itu? Sudahkah kita menggali ilmu sebagaimana yang dilakukan oleh Malcolm X ?

Wallahu'alam.

Rabu, 9 Oktober 2013

PERHITUNGAN SEORANG PEMIMPIN

Assalamualaikum w.b.t & salam ukhwah buat semua. Seminggu sudah cuti semester dan masih berbaki EMPAT minggu. Ok ! Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan kudrat untuk jari-jemariku terus menaip sebuah entry "PERHITUNGAN BAGI SEORANG PEMIMPIN"

Dari Sa'ad bin Abi Waqqash RA, Rasulullah SAW bersabda: "Aku tidak pernah mendengar Nabi SAW bersada yang ditujukan kepada seseorang yang berjalan di atas bumi, "Sesungguhnya kamu termasuk salah satu penghuni syurga, kecuali kepada Abdullah bin Salan."
(Hadis Riwayat al-Bukhari,Muslim,Hilyatul Auliya':6/344)
KHALIFAH HARUN AR-RASHID merupakan pemerintah kelima kerajaan Abbasiyah. Beliau seorang pemimpin yang telah mewujudkan keamanan, kedamaian serta kesejahteraan rakyat.Ketika memegang tampuk kepimpinan, beliau telah banyak melakukan perubahan dan pembaikan pentadbiran antranya mendirikan Baitul Hikmah sebagai lembaga penterjemah yang berfungsi sebagai perguruan tinggi, perpustakaan dan penelitian yang membolehkan era pemerintahan beliau dikenali sebagai Zaman Keemasan Islam kerana ketika itu Baghdad menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dunia.

Pada suatu hari, beliau telah pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Setibanya di sana, dia telah mendaki bukit safa bersama seorang ulamak yang bernama Ab. Aziz al Umairi. Di atas puncak bukit mereka berdua memandang ke arah kaabah dan melihat manusia yang berpusu - pusu mengerjakan tawaf. Lalu berkatalah Ab. Aziz al-Umairi kepada Khalifah Harun ar-Rashid.

" Lihatlah wahai khalifah berapa ramai orang yang sedang tawaf di sana," kata Ab. Aziz al-Umairi. Khalifah Harun ar-Rashid memerhati jumlah manusia yang begitu ramai berada di sekeliling kaabah.

"Ketahuilah wahai Khalifah, Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat dapat menghitung berapa ramai jumlah orang yang sedang bertawaf di sana. Mereka semua pada hari kiamat kelak akan ditanya tentang diri mereka dan segala amal kebajikan yang mereka lakukan selama mereka hidup di atas muka bumi ini, tetapi kamu akan ditanya tentang diri kamu serta mereka semua yakni rakyat yang telah kamu pimpin itu."

Mendengar sahaja kata - kata daripada ulamak Ab. Aziz al-Umairi itu, lalu mengalirlah air mata Khalifah Harun ar-Rashid mengenangkan betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang akan diperhitungkan segalanya di akhirat kelak.

# Peringatan buat diri sendiri & semua :)

Jumaat, 27 September 2013

Sunnah Nabi ?

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera. Sebelum jari - jemari laju menaip.. izinkan along memohon seribu kemaafan kerana sudah lama tidak meng'update' blog. Walaupun sekarang tengah sibuk dengan final, cuba untuk cari sedikit masa & ruang. Alhamdulillah, akhirnya sempat juga. Belakangan ini, Biro Kerohanian Kolej asyik berbicara tentang " Rasulullah ". Jadi, along nak share juga tentang baginda Rasulullah. Ayuh, kita telusuri :D

APA ITU SUNNAH NABI ?

alt“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya, dan orang-orang yang memegang kekuasaan antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan rasul,  jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan.”(Surah An Nissak:59)
“Kembalikan kepada Allah dan rasul” yang dinyatakan oleh-Nya dalam ayat tersebut jelas merujuk kepada al-Quran dan sunnah. Justeru, tidak dapat tidak, manusia tidak hanya perlu bergantung kepada kitab Allah, tetapi juga sunnah Rasulullah yang mempunyai pengaruh amat besar dalam perluasan pembinaan hukum Islam.
PENGERTIAN SUNNAH
As sunnah mempunyai pelbagai pengertian yang dilihat berdasarkan kaca mata banyak pihak. Walau bagaimanapun, setiap definisi yang diberikan kelihatan tidak banyak bezanya antara satu sama lain.
Dalam buku berjudul Pedoman Muslim terjemahan daripada Minhaajush Shaalihin, ahli hadis melihat sunnah sebagai sesuatu peninggalan Rasulullah sama ada dalam bentuk perkataan, ketetapan mahupun sifat-sifat jasmani atau budi pekerti serta sejarah hidup – sebelum dan sesudah kenabian baginda diangkat Allah.
Sementara bagi ahli usul, as sunnah merupakan sesuatu yg dinukilkan daripada Nabi Muhammad. Ini boleh jadi membabitkan perkataan, perbuatan mahupun ketetapan. Contoh yang melibatkan perkataan ialah sesuatu yang disabdakan oleh baginda dalam pelbagai bentuk yang berhubung dengan pembinaan hukum. Perbuatan pula adalah seperti perlakuan Rasulullah dalam urusan ibadah seperti solat.
Menurut istilah fikah, as sunnah merupakan sesuatu yang tetap (sah) daripada baginda. Ia bukan fardu dan tidak wajib. Menurut sebahagian daripada ahli fukaha, sunnah adalah mutlak atas sesuatu yang berlawanan dengan bidaah.
PERANAN SUNNAH DALAM KEHIDUPAN
Sebagai hamba Allah, al-Quran wajib dijadikan panduan hidup. Begitulah juga keadaannya dengan sunnah. Abu Abdillah Hakim mentakhrijkan daripada Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah bersabda :
Sesungguhnya syaitan telah putus asa untuk menjadi sembahan di bumimu, tetapi ia senang untuk ditaati selain disembah daripada perbuatan-perbuatanmu yang merendahkan kamu, maka berhati-hatilah. Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepadamu selama kamu bepegangan dengannya maka kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitabullah (al-Quran) dan sunnah nabi-Nya.”
Hadis merupakan sunnah Rasulullah. Dalam Islam, ia termasuk dalam dalil bagi menentukan hukum serta peraturan agama selain al-Quran. Ia terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama berperanan penting dalam menjelaskan maksud al-Quran. Sementara yang kedua pula menghuraikan hukum-hukum yang tidak dinyatakan oleh Allah dalam kitab-Nya.
Ini sesuai dengan dua firman Allah dalam surah An Nahl ayat 44 yang bermaksud :
Kami turunkan kepadamu (Muhammad) akan Quran supaya engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan (Quran) kepada mereka.”  
Dan surah An Nissa’ ayat 59 yang bermaksud:
Hai orang beriman! Ikut olehmu akan perintah Allah dan ikut olehmu akan perintah rasul.
Walau bagaimanapun, agak menyedihkan apabila tidak semua daripada sunnah baginda dilaksanakan dalam kehidupan kita. Dan tambah menyayat hati apabila wujud segelintir pihak yang memesongkan sunnah Rasulullah dengan memutar belitkan hadis.
PERINGKAT HADIS
Terdapat beberapa peringkat hadis iaitu sahih, hasan dan daif.
Hadis sahih merupakan hadis yang sanadnya bersambung dengan riwayat orang adil yang memiliki ingatan kuat (dhabith). Selain itu, hadis tersebut turut selamat daripada unsur-unsur penyimpangan dan illat (penyakit). Hadis sahih tidak terkumpul secara mutlak dalam satu kitab hadis.
Bagi hadis hasan pula, perawinya ringan iaitu tidak kukuh hafalannya berbanding hafalan orang yang dhabith.
Sementara hadis daif adalah hadis yang tidak melengkapi syarat-syarat hadis sahih dan hasan. Terdapat tiga jenis hadis daif iaitu daif (lemah), amat daif (sangat lemah) dan hadis maudhu’ (palsu).
SUNNAH SEBAGAI SUATU HIKMAH
Sunnah Rasulullah amat istimewa kerana ia merupakan suatu hikmah.
Allah berfirman dalam kitabnya yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah telah memberikan kurnia bagi orang-orang yang beriman, ketika dia telah mengutuskan seorang rasul kepada mereka antara mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka dan membersihkan mereka (dari sifat-sifat yang jahat) lagi mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu dalam kesesatan yang nyata.” (Ali Imran:164)
Berdasarkan ayat tersebut, kebanyakan ulama dan penyelidik berpendapat, hikmah yang  dimaksudkan ialah sesuatu yang diperlihatkan oleh Allah kepada baginda daripada rahsia agama dan hukum syariat-Nya. Mereka memanggilnya sebagai sunnah.
Justeru, selaku umat Muhammad, Muslim hari ini tidak wajar mensia-siakan sunnah peninggalan baginda. Mengabaikannya tidak lebih daripada suatu kerugian.

Wallahu'alam. Assalamualaikum :)

Selasa, 16 Julai 2013

Ramadhan :)

Assalamualaikum w.b.t & salam ramadhan buat semua ")

eheemm ! apa khabar semua? rasanya sudah lama along tak update blog.Sejak sibuk dengan kerja sampailah masuk belajar. Belajar ? YA, BELAJAR. Alhamdulillah, along ditawarkan untuk program Foundation in Science & Technology(FiST)-UniKL selama 1 tahun. Sekarang buat FiST di Kolej MARA Kulim..sudah 3bulan di sini. Kehidupan sebagai seorang

pelajar di sini cukup berbeza. Di sini kami disemai dengan bunga-bunga islam. Contohnya: Setiap hari, seawal jam 7.30 pagi sebelum memulakan kelas/kuliah setiap pelajar berkumpul di surau untuk bacaan mathurat dan pada jam 10 pagi, solat dhuha.

Genap umurku 18 tahun 4 bulan 1minggu, bermulalah 1 Ramadhan yang dinanti - natikan oleh semua umat islam. Tahun ini,along tidak lagi menyambut ramadhan bersama mak ayah dan adik. Sedih kan? Di sini, jadual perjalanan sebagai seorang pelajar tetap sama seperti biasa. cuma yang biasa dan lain dari yang lain adalah waktu IFTAR. YA :) Di sini, semua pelajar perlu berkumpul di surau pada 7malam untuk mendengar tazkirah seterusnya berkumandang ja azan, terus berbuka dengan buah kurma & air mineral. Kemudian solat maghrib berjemaah. Usai solat, baru semua bergerak ke Dewan Selera untuk makan.Aktiviti lain seperti tadarus dan terawih itu biasa la kan. 

Alhamdulillah, syukur kerana dipilih untuk menjadi salah seorang pelajar di sini. Kehidupan di sini banyak memberi perubahan....

Tidak ku duga..
Engkau kian menghampiri saat kepulanganmu
Sedang aku baru mulai menghitung ibadah
Rupanya terlalu tipis ibadah yang ku gubah
Saat ini baru ku sedari kenikmatanmu
Saat ini baru ku sedari keindahanmu
Duhai Ramadhan…

Ku akui imanku terlalu halus umpama zarah-zarah yang berterbangan
Ku tahu kedatanganmu terlalu pantas seumpama sambaran kilat
Namun ku tetap terus leka dengan mainan khayalan benakku
Tanpa memikirkan untuk mengatur cara mendakapmu seeratnya
Aku lupa denganmu aku bisa melawan amarah yang menyinga
Daripadamu juga berusaha mendidik rembatan nafsu bisuku
Dan daripadamu juga aku mengenal kondisi diriku yang sebenarnya

Kini baru aku mulai bersungguh menggapaimu
PadaNya ku sujud meratib memohon berjuta keampunan
Atas segala titik dosa yang pernah ku pahatkan padaNya
Air mataku lencun membasahi hamparan sujudku
Mangalir deras menyucikan lorong-lorong kelam dosa
Menyuburkan kebun hati yang tandus baja ketenanganNya
Mutiara jernih itu amat bernilai maharnya bagiku
Kerana ia penawar utama buat sanubari ini
Aku bersyukur di kelewatan keinsafan ini
Engkau suntikkan sinar cahaya kesedaran
Akan ku berusaha meraih fasa ketiga yang Engkau titipkan
Setelah fasa pertama dan kedua yang telah ku abaikan
Ya Allah…
Berilah daku peluang untukku mengkoreksi diri
Walau ku tahu RamadanMu akan berlalu pergi
Berilah ruang dan peluang ku mengecap sekelumit berkat darinya
Aku juga hambaMu yang amat mendambakan malam Al-Qadr
Temukanlah aku dengannya agar ianya bakal menjadi bekal bagiku nanti
Ya Ilahi…
Akan ku pelihara air mata Ramadan ini hingga ke akhirnya
Takkan ku biarkan air mata ini menitis untuk perkara yang sia-sia
Titipkanlah walau secangkir cuma belas EhsanMu kepadaku
Agar ku bisa mewarnai kehidupanku dengan keimanan padaMu
Agar ku bisa pulang dengan penuh rasa kehambaan padaMU
# Salam Ramadhan daripada along. Mohon ampun pada semua :)

Khamis, 31 Januari 2013

2 0 1 3

Alhamdulillah . Syukur kepada -Nya kerana kita masih lagi dipanjang umur & dimurahkan rezeki untuk melangkah masuk ke tahun 2013. Firstly, saya memohon 1001 kemaafan kepada anda semua kerna sudah lama tidak "update" blog ini. Bukan senjaga untuk membiarkan blog ini penuh dengan sawang & habuk, tetapi keluar menyertai pelbagai program & bekerja untuk mencari pengalaman & meningkatkan sesuatu kemahiran terutama aktiviti lasak, pengucapan & bab surat menyurat (urusan rasmi ). Alhamdulillah , hari demi hari, makin bertambah ilmu & pengalaman yang dapat dikutip. Sebagai contoh, along belajar bagaimana hendak handle sesuatu program / majlis / LDK / aktiviti dengan baik. Seterusnya, apabila diri sendiri sibuk dengan banyak program tanpa bersilih ganti hari . . . nilau DISIPLIN & TANGGUNGJAWAB  yang banyak along dapat. Disiplin dari segi masa contohnya, bagaimana hendak bahagikan masa dengan sebaik mungkin selain melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya dan siap pada masa yang dijanjikan. Along juga belajar bagaimana hendak berkomunikasi dengan orang-orang yang berjawatan tinggi seperti para pegawai jabatan kerajaan. Erm ,  itulah serba sedikit yang hendak along kongsikan bersama anda semua tentang aktiviti & kerja yang along lakukan sementara menanti lamaran daripda si dia.. kihkihkih. Eh-II , sementara menanti keputusan SPM keluar Mac nanti. 

" T R A N S F O R M A S I "
Remaja Sempena Tahun Baharu

Apa azam anda tahun ini ? Itu adalah persoalan biasa yang dikemukakan apabila tahun baru menjelang. Maka akan hadir pelbagai jawapan yang berbeza. Biasanya setiap remaja memiliki azam yang berbeza namun baik - baik belaka.

nantikan sambungannya yaa . hehe ==''