CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Ahad, 12 Julai 2015

HELAH Keindahan Dunia

بسم الله الرحمن الرحيم
Hi, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua :)

Pertama dan utama, maaf kepada semua. Lama benar diri menghilang tanpa sebarang update mahupun reply komen komen kalian. 

--------------------------------------

HELAH 
Keindahan Dunia 

Indahnya dunia memukau manusia, seakan semua perkara mengundang bahagia. Aras sempadan syariat bukan landasan, hanya sekadar wujud dalam pengetahuan.

Orang muda jangan salah menilai dunia, menjadikannya syurga untuk keseronokan semata. Hilang ajaran agama yang diwariskan, masih bersisa hanya pada nama yang ditinggalkan dan agama ISLAM pada kad pengenalan. Cinta dunia bukan satu pengakhiran, bahkan sebagai persinggahan. Ya, persinggahan. Persinggahan sebelum kita semua dikumpulkan, dihitungkan segala perbuatan, sama ada kekal dalam keimanan ataupun memilih dalam kancah kejahilan.

Rentak dunia adakalanya memperdaya akal kita, anak muda. Adakalanya membutakan kebenaran yang nyata. Iman di hati menentukan neraca, antara kebaikan dunia ataupun kebahagiaan akhirat yang kekal selamanya. Kehidupan dunia umpama dunia pelayaran yang panjang, memerlukan bahtera dan lautan untuk belayar ke sesebuah destinasi.Saling memerlukan antara satu sama lain, antara lautan dan bahtera. Namun jangan sampai air lautan terlampau banyak masuk ke dalam bahtera kerana sudah pasti akan karam.

Begitu juga lautan jika kering tanpa air maka pelayaran akan terhenti dan akhirnya tidak sampai juga ke destinasi. Lautan itu seakan dunia, manakala bahtera itu ibarat hati manusia. Dunia diperlukan mengikut kadar tertentu, tidak sampai berlebihan dalam hati kerana cinta kepada dunia akan merosakkan jiwa seorang hamba. Anak muda, dunia hari ini bukanlah lagi tempat menikmati kehendak dan kemahuan kita. Bahkan dunia hari ini adalah cabaran membentuk jiwa dan diri kita. Helah dunia nampak indah pada zahirnya tapi buruk di dalamnya. 

Sedangkan akhirat nampak jernih pada luaran namun indahnya sukar akal manusia mengjangkau. Bernarlah, peringatan Allah SWT buat pegangan kita semua, seperti dinyatakan dalam Surah al-Ahzab ayat 71, mafhumnya :

"Supaya Dia memberi taufiq dengan menjayakan amal - amal kamu dan mengampunkan dosa - dosa kamu, (Ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar - besar kejayaan."

Anak muda yang hebat memanfaatkan dunia untuk kehidupan akhirat, manakala anak muda yang sombong meninggalkan akhirat demi mencari kehinaan dunia. Atur langkah dengan amanah dan bijaksana agar akhirat terpelihara dari neraka, mencipta bahagia di syurga.

Bi iznillah :)

Selasa, 8 Julai 2014

S A B A R

| Sabar itu umpama sinar matahari |

Tidak ada keberanian yang sempurna tanpa kesabaran. Sebab kesabaran adalah nafas yang menentukan lama atau tidakan sesebuah keberanian bertahan dalam diri seseorang itu.

Jika ada di antara kamu dua puluh orang penyabar, nescaya mereka akan mengalahkan dua ratus orang. Dan jika ada di antara kamu seratus orang (penyabar), nescaya mereka akan mengalahkan seribu orang kafir.” (QS. 8: 65).

"Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan.

Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?"

Nak pelangi kan ? Sabarlah

Salam sayang.

Jumaat, 20 Jun 2014

Ukhuwah Itu Indah (:

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ukhuwah ? 
Hurrmm. Apa itu ukhuwah ???

Indahnya sesuatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia.
Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia.
Indahnya bila segalanya disandarkan kerana Dia.
Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, menggapai redha-Nya.

Indahnya ukhuwah tidak cukup sekadar di mulut, tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati ***semuanya berkaitan hati*** akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang telah terbina  dan lahirnya semua dari hati.

Apa-apa permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab yang pasti, kita akan rugi.

Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati !

Ukhuwah.

Alhamdulillah. Hmm. Baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye', tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenagkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah kita akan kalah dengan ujjian dan berpecah juga akhirnya.

Proces Ukhuwah =)

1. Ta'aruf. Saling mengenali.
2. Tafahum. Saling memahami.
3. Ta'awun. Saling menolong.
4. Takaful. Saling menggung.
5. Itsar. Mendahulukan orang lain daripda diri sendiri.

Di mana letaknya ukhuwah kita ?

Refleksi diri. Melihat di mana kedudukan kami. Mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. Moga ukhuwah yang terbina bersemi hingga bila satu saat kita ditakdirkan terpisah jauh, tidak perlu gusar lagi. Kerana hati-hati kita telah terikat padu. InsyaALLAH. Ameen. Sayang semua kerana Allah :*

Jumaat, 4 April 2014

Memori Tercipta

Assalamualaikum w.b.t & salam sayang buat semua :D
Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak meng'update' blog ini. Minta ampun minta maaf, bukanlah sengaja..tetapi sibuk dengan pelbagai aktiviti sejak masuk Semester 2. Aktiviti-aktiviti tersebutlah yang dapat mengeratkan lagi ikatan persahabatan sesama pelajar di KMKu, Program FiST UniKL khususnya.

Tanggal 9 Jun 2013. Satu tarikh di mana bermulanya kehidupan baru sebagai seorang pelajar FiST SC di Kolej MARA Kulim. Pergi dengan kepaksaan meninggalkan kawan-kawan yang baru dikenali di KMKN. Really ? Yaa. **jujur kan** Alhamdulillah, hari demi hari.. kami dapat menyesuaikan diri di KMKu. Apa sahaja program yang dianjurkan, kami cuba memberi komitmen dengan sebaik mungkin.
Minggu Pertama di KMKu

Kuliah B

Apa KELAINANnya ?

Erm, baiklah. Mula - mula masuk sana memang tada perasaan langsung rasanya. Haha. Teruk kan? 
Di sana, seawal jam 7 pagi semua pelajar diWAJIBkan berkumpul di Dewan Besar / Surau untuk bacaan al-Mathurat yang dipimpin oleh ahli Biro Kerohanian yang bertugas. So, mana - mana yang berhajat mencari calon zauj bolehlah pilih. Mereka bukan calang - calang orang . Good Luck , yeah :)

Rumah Merah
Keduanya, di sana ada 5 program yang berbeza. Program MKPM Sains, Program Pra-u USM, Program Cemerlang USM, Program Sains & Keusahawanan dan Program FiST UniKL Sains. Terdiri daripada rakan-rakan yang berasal daripada seluruh Malaysia. Majoritinya, daripada Timur la. Maka, tidak hairan walau di mana - manapun, asyik dengar loghat Timur. Walaupun terdiri daripada program yang berbeza, kami semua tetap bekerjasama dalam menjayakan sesuatu program / aktiviti yang dianjurkan bagi mencapai objektif program. Bagaikan sebuah nakhoda di samudera, sebuah kapal terbang di langit biru.. tetap menuju visi & misi yang sama.

Ketiga, kedudukan KMKu agak strategik kerana dengan Pekan Kulim. Hal ini akan memudahkan para pelajar untuk 'outing'. Apa yang ada ? Hmm, Giant, C-Mart, KFC,McD, Tesco,The Store, Hasani, Pizza Hut, Domino Pizza...etc. See, banyakkan ? Just sediakan duit yang cukup sahaja bila hendak outing. Pengangkutan bagaimana pula ? Haa. Bab pengangkutan jangan risau. Keluar - keluar ja dari pintu pagar kolej, bederet-deret teksi tunggu. Mudahkan ? Mudah - mudah pun along jarang keluar.

Keempat, meow meow. Di sana ada kumpulan Qasidah. 

Kelima, para pensyarah & staf di sana baik-baik belaka. Peramah, penyayang. hee

Ok. Cukup kut banyak tu. Haha.Banyak lagi kelebihan di sana. Perlukah along cerita semua ? Rasanya tak kut. Malas nak taip. :p

Apa PERASAAN dapat belajar di KMKu ?

Alhamdulillah, syukur terpilih dan dipilihNya untuk menuntut ilmu di sana. Banyak perkara yang along dapat belajar di sana. Erti sebuah persahabatan. Ya. Cukup indah sesebuah pertemuan itu, namun perit di saat perpisahannya. Selama hampir 10 bulan bersama, akhirnya berpisah jua. Perpisahan sementara, harapnya beitulah. InsyaAllah. Moga bertemu lagi. Di awal perkenalan, masing-masing buat tak tahu, tetapi diakhirnya sangat akrab. Allahu akbar. Hanya Dia yang tahu bagaimana perasaan saat perpisahan itu. Perit. T__T

Erm, along rasa cukup sampai di sini sahaja. Banyak yang hendak dikongsikan, tetapi perasaan menguasai minda. Hujan turun membasahi Bumi bersama tangisan kerinduan. Rindu sahabat - sahabat. 

FiST UniKL 2013/14

Panjang umur, murah rezeki , ada jodoh, bertemulah kita. 
Fi hifzillah.
Sayang semua kerna Dia.

Salam rindu,
KSKA

Selasa, 29 Oktober 2013

Kebijaksanaan & Malcolm X

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera sebagai pembuka bicara :D

Sebelum kita bicarakan dengan lebih lebar berkenaan fikah, mari kita analisis cerita.Cerita ini bukan cerita pada zaman nabi ataupun sahabat.Tetapi, ia adalah cerita pada zaman moden ini.
Pernahkah kita mendengar nama MALCOLM X ? Haa, siapakah beliau ? Seorang pejuang kulit hitam berasal dari Amerika. Beliau juga pemimpin The Nation of Islam. Ya!. Malcolm X. Kalau kita tanya ayah ataupun datuk, mungkin mereka dapat menceritakan kepada kita kisah perjuangan Malcolm X.**kalau depa tau la.hee** Ehh, tetapi jangan salah orang. Beliau bukanlah Malcolm McLaren.Siapa pula Malcolm McLaren ni?

Malcolm McLaren adalah seorang yang berfikiran kiri yang mempopularkan kumpulan band The Sex Pistol. Kumpulan ini menjadi kebanggaan dan simbol pemberontakan budak - budak punk. Malcolm McLaren juga terkenal dengan usahanya menjadika  Peristiwa Paris Mei 1968 sebagai punca huru - hara. Apa yang berlaku dalam peristiwa itu? Dalam peristiwa itu, mahasiswa, pelajar dan buruh melakukan pemberontakan menggulingkan Presiden Charles de Gaulle. Sebab itulah Malcolm McLaren ingin mengabadikan peristiwa itu dalam sebuah kumpulan muzik. Maka,lahirlah kumpulan The Sex Pistol. Sebuah kumpulan muzik yang popular dan penuh kontroversi yang meletup pada tahun 1970-an. Slogan mereka yang terkenal adalah 'Destroy!'.

Alamakkk, lebih - lebih pula. Tetapi tidak mengapa,bagi menambah pengetahua berkenaan kumpulan punk dan bagaimana lahirnya idea punk.Tapi tahu ja tau, jangan ikut pula ! Cuba tengok bebudak yang berambut warna - warni, pakai kasut boot, tindik sana sini dan jarang mandi. Alamak, tak busuk ka  join mereka? Itulah gaya seorang punk. Kononnya cantik sangat. OK. Stop,wana! Kita sambung semula berkenaan fikah, berkaitan dengan keperwiraan Malcolm X.

Hero kita ini tewas dibunuh semasa berumur 39 tahun. Beliau menjadi individu yang terkenal. Padahal sebelum itu, tidak ada seorang pun yang kenal dia.Maklumlah orang berkulit hitam.Tetapi kerana kebijaksanaan dan ilmunya, dia menjadi seorang yang terkenal sehingga namanya disebut seantero dunia!

Malcolm X terkenal dengan jolokan sebagai Detroit Red semasa beliau menjadi pejuang jalanan. Dia pernah dipenjarakan kerana memperjuangkan hak orang kulit hitam di Amerika. Dia dipenjarakan di Norfolk Prison Colony. Alhamdulillah, dengan takdir Allah dia mengenali Islam semasa berada di dalam penjara lalu menganut Islam. Usaha pertamanya selepas menganut Islam adalah menghantar surat kepada rakan - rakannya, Mahu berdakwah kepada mereka. Surat - surat itu dialamatkan ke bar - bar tempat mereka sering melepak dan mabuk pada suatu masa dahulu.Tapi tidak ada satu pun suratnya dibalas. Sobsobsob :'(

Dia juga turut berdakwah kepada orang  - orang besar di Amerika pada masa itu. Fuyooo, hebatlah dia! Dia menghantar surat kepada Gabenor Massachusset, William Boston. Bahkan turut menghantar surat kepada Presiden Amerika, Harry S.Truman. Tentu sahaja tidak ada satu pun suratnya dibalas. Dalam biografinya, Malcolm mengakui dia sebenarnya frust. Bukan kerana ajakannya tidak disambut, tetapi kerana kelemahan dirinya menarik minat orang lain kepada Islam. Dia mengakui tidak mempunyai idea bernas ketika berhujah berkaitan Islam. Dia tidak pandai bermain kata - kata bagi menyampaikan isi hatinya kepada orang. Maklumlah, dia tidak pernah habis sekolah. Sekolah pun sekerat jalan, terpakasa berhenti disebabkan masalah kehidupannya.

Menyedari kelemahan dirinya, Malcolm mula mengorak langkah.Dia mula belajar di perpustakaan penjara, Dia membaca buku - buku,tetapi tersangkut - sangkut. Dia frust semula kerana apa yang dibacanya tidak difahami.Akhirnya, dia membuat kesimpulan menyelesaikan masalahnya denagan membaca kamus. Ha! Baca kamus? Mungkin kita rasa pelik. Tetapi itulah yang dilakukannya.Bak kata pepatah, "Nak seribu daya,tak nak seribu dalih". Mula-mula dia belek - belek kamus. Buka,lihat kemudia tutup semula.Lepas tu buka semula. Tengok semula. Dia shock. Banyaknya perkataan! haha "Ketika bangun daripada tidur yang terfikir olehku hanyalah perkataan - perkataan." Selepas itu, dia terus membaca dan membaca.

"Sekarang aku yakin dengan penguasaan perkataan yang kian banyak, aku dapat memahami apa pun yang tertulis di dalam buku. Sebuah dunia baru akan terbuka di hadapan mata seseorang, sekiranya dia selesai membaca buku yang mengandungi ilmu yang amat berguna. Suatu perkara yang ingin aku ceritakan kepada kamu, sejak saat itu sehingga kau dibebaskan dari penjara, aku tidak lagi membaca di perpustakaan. Tetapi aku membaca di dalam sel (bilik penjara) aku. Kamu tidak mungkin memisahkan aku daripada buku. Aku membaca pemikiran Elijah Muhammad (Ketua Nation of Islam), menulis surat, menemui orang yang datang menjengukku dan membaca buku - buku. Waktu terus berlalu tanpa aku sedari aku adalah seorang tahanan. Justeru pada masa itulah, pertama kali aku merasakan kebebasan yang sebenarnya, yang sebelum ini tak pernah aku rasai." 

Begitulah kata yang diceritakan oleh Malcolm X. Itulah hikmah dan kebijaksanaan yang diperoeh oleh Malcolm X semasa mengkaji ilmu. Dengan kesungguhan akhirnya dia berjaya menndapatkan kebijaksanaan walaupun dipagari dengan pagar - pagar besi!  Persoalannya, adakah kita juga mendapat kebijaksanaan itu? Sudahkah kita menggali ilmu sebagaimana yang dilakukan oleh Malcolm X ?

Wallahu'alam.