CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Ahad, 12 Julai 2015

HELAH Keindahan Dunia

بسم الله الرحمن الرحيم
Hi, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua :)

Pertama dan utama, maaf kepada semua. Lama benar diri menghilang tanpa sebarang update mahupun reply komen komen kalian. 

--------------------------------------

HELAH 
Keindahan Dunia 

Indahnya dunia memukau manusia, seakan semua perkara mengundang bahagia. Aras sempadan syariat bukan landasan, hanya sekadar wujud dalam pengetahuan.

Orang muda jangan salah menilai dunia, menjadikannya syurga untuk keseronokan semata. Hilang ajaran agama yang diwariskan, masih bersisa hanya pada nama yang ditinggalkan dan agama ISLAM pada kad pengenalan. Cinta dunia bukan satu pengakhiran, bahkan sebagai persinggahan. Ya, persinggahan. Persinggahan sebelum kita semua dikumpulkan, dihitungkan segala perbuatan, sama ada kekal dalam keimanan ataupun memilih dalam kancah kejahilan.

Rentak dunia adakalanya memperdaya akal kita, anak muda. Adakalanya membutakan kebenaran yang nyata. Iman di hati menentukan neraca, antara kebaikan dunia ataupun kebahagiaan akhirat yang kekal selamanya. Kehidupan dunia umpama dunia pelayaran yang panjang, memerlukan bahtera dan lautan untuk belayar ke sesebuah destinasi.Saling memerlukan antara satu sama lain, antara lautan dan bahtera. Namun jangan sampai air lautan terlampau banyak masuk ke dalam bahtera kerana sudah pasti akan karam.

Begitu juga lautan jika kering tanpa air maka pelayaran akan terhenti dan akhirnya tidak sampai juga ke destinasi. Lautan itu seakan dunia, manakala bahtera itu ibarat hati manusia. Dunia diperlukan mengikut kadar tertentu, tidak sampai berlebihan dalam hati kerana cinta kepada dunia akan merosakkan jiwa seorang hamba. Anak muda, dunia hari ini bukanlah lagi tempat menikmati kehendak dan kemahuan kita. Bahkan dunia hari ini adalah cabaran membentuk jiwa dan diri kita. Helah dunia nampak indah pada zahirnya tapi buruk di dalamnya. 

Sedangkan akhirat nampak jernih pada luaran namun indahnya sukar akal manusia mengjangkau. Bernarlah, peringatan Allah SWT buat pegangan kita semua, seperti dinyatakan dalam Surah al-Ahzab ayat 71, mafhumnya :

"Supaya Dia memberi taufiq dengan menjayakan amal - amal kamu dan mengampunkan dosa - dosa kamu, (Ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar - besar kejayaan."

Anak muda yang hebat memanfaatkan dunia untuk kehidupan akhirat, manakala anak muda yang sombong meninggalkan akhirat demi mencari kehinaan dunia. Atur langkah dengan amanah dan bijaksana agar akhirat terpelihara dari neraka, mencipta bahagia di syurga.

Bi iznillah :)

Tiada ulasan: