CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Rabu, 29 Jun 2011

baTuK o0H baTuk

dsbbkn rmai kgkwn yg btuk2..specially,my... so,wana post ntry ni ")

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia
dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan
memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru
(pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Sebab-sebab batuk
• Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
• Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia,
tuberculosis)
• Alahan
• Asma
• Merokok
• Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
• Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
• Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux
disease (GERD)
• Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
• Tekanan
• Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang
digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Rawatan
• Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
• Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air
untuk mengelakkan kahak yang banyak.
• Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang
kering dan kerap.
• Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula
ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
• Berhenti merokok
• Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya
perlu
• Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis
ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan
suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.

Bila anda perlu berjumpa doktor?
• Batuk yang mengeluarkan darah
• Baru pulang dari perjalanan luar negara
• Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
• Semput / sesak nafas, sakit dada
• Demam yang berpanjangan
• Mengandung
• Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
• Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
• Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan
Pencegahan
• Amalkan tabiat kebersihan yang baik
• Minum banyak air
• Tangani tekanan dengan baik
• Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
• Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
• Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
• Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit
paru-paru (COPD)

Soalan Lazim

Adakah benar ubat batuk berbentuk sirap yang mahal lebih baik daripada
gula-gula ubat batuk?
Tidak.
Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti meminum lebih banyak air.

Adakah kombinasi pelbagai jenis ubat batuk dapat membantu
mengurangkan tanda-tanda berlakunya selesema?
Tidak.
Adalah bahaya mengambil terlalu banyak ubat batuk kerana ia dapat menyebabkan anda
mengantuk / lali.

Perlukah antibiotik diberikan kepada semua pesakit yang mengalami batuk
dan selesema?
Tidak.
Kebanyakan masalah ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus di mana ia akan hilang
dengan sendirinya.

petua hilangkan selsema ")

Penyakit selsema yang dialami membuatkan anda kurang selesa dan tak senang duduk. Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selsema anda tak melarat adalah banyakkan meminum air kosong. Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta makanlah makanan yang mudah dicerna.

Selepas itu, ia boleh disusuli dengan dua petua hilangkan selsema di bawah. Masing-masing adalah kaedah rawatan selsema untuk orang dewasa dan juga bayi (atau anak anda).

Bagi anda yang telah dewasa, ikutilah langkah berikut:

1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.

pokok sirih
Pokok sirih - www.pnm.my

2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.

4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.

Manakala bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema, cara di bawah lebih sesuai untuk mereka.

1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.

gambar kunyit hidup
Kunyit hidup - Wikipedia

2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.

3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.

Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.

Selamat Mencuba!

Isnin, 27 Jun 2011

.gula drpd habuk kayu.

kawan2...tngok nii..,,SELAMA ini kita hanya mengetahui gula dihasilkan daripada tebu. Kemudian beberapa tahun lalu, penemuan daun stevia sebagai alternatif gula turut menarik perhatian ramai.
Bagaimanapun, apabila seorang penyelidik muda dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof. Madya Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim berjaya menghasilkan gula ringkas daripada habuk kayu, penemuan itu bukan sahaja melonjakkan namanya, bahkan membolehkan beliau bakal membuka sebuah kilang tidak lama lagi.
Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) itu berkata, melalui penemuan itu beliau telah menerima geran daripada Malaysian Technology Development Corporation(MTDC) sebanyak RM500,000 bagi membina sebuah kilang.
“Saya telah menerima geran daripada MTDC bagi membina sebuah kilang dan lokasi kilang tersebut bagaimanapun, masih dalam perbincangan,” kata pensyarah berusia 34 tahun itu kepada pemberita pada Malam Cendekia Bitara UMP 2010 di Kuantan, Pahang baru-baru ini.
Penyelidikan tersebut membawa tuah buat beliau apabila berjaya menerima anugerah Best Women Inventor daripada World Intelectual Property Organisation (WIP0) hasil projek penyelidikan yang bertajuk Sustainable Production of Sorbitol From Biomass Using Green Technology Approach pada tahun lalu.
Pengiktirafan tersebut merupakan yang tertinggi dianugerahkan oleh badan antarabangsa kepada penyelidik yang menghasilkan penyelidikan yang memberi impak kepada negara.

MALAM Cendekia Bitara UMP menghargai penyelidik-penyelidiknya termasuk Mimi Sakinah (duduk kanan) baru-baru ini.

Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 50 kertas kerja persidangan, 15 buah artikel yang diterbitkan dalam jurnal berwasit, satu fail yang telah dipatenkan di Malaysia dan dua fail dipatenkan di Amerika Syarikat.
Pada Malam Cendekia Bitara UMP itu Mimi Sakinah dinobatkan sebagai Tokoh Cendekia Bitara dan Anugerah Projek Penyelidikan yang membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi dan sijil penghargaan setelah hasil penyelidikannya diiktiraf di peringkat antarabangsa.
“Syukur Alhamdulillah, saya berjaya menerima hadiah bagi kedua-dua kategori tersebut walaupun tidak menyangka ia sangat berhasil.
“Walaupun terpaksa menjalankan tanggungjawab sebagai penyelidik, pensyarah dan ibu secara serentak, namun Alhamdulillah ia sangat berbaloi,” katanya sambil tersenyum.
Mengulas mengenai penyelidikannya, ujar Mimi Sakinah habuk kayu sesuai digunakan sebagai bahan mentah kerana ia mengandungi selulosa yang boleh diproses menjadi gula ringkas.
Dengan teknologi hijau farmentasi katanya, ia dimanfaat bagi mengurangkan kos pengeluaran berbanding kaedah hidrogen yang digunakan secara meluas dalam penghasilan gula itu ketika ini.
“Gula yang dihasilkan menerusi projek ini bukan saja boleh digunakan sebagai pemanis makanan bahkan, untuk pelbagai industri lain seperti kosmetik.
“Penggunaan habuk kayu sebagai sumber penghasilan gula ini sekali gus mengatasi masalah pembuangan sisa industri itu yang mencapai 15 juta tan setahun di seluruh dunia.
Penyelidikan tersebut turut dibantu Dr. Zularisam Ab. Wahid serta Rusmawarni Ramli.
Pencapaian dibanggakan

PENGHASILAN gula ringkas menggunakan habuk kayu mengelakkan sisa industri tersebut dibuang begitu sahaja sekali gus mempromosikan alam sekitar yang lebih bersih.

Sementara itu, UMP kini giat mengkomersialkan hasil ciptaan penyelidiknya sebagai permulaan untuk menjadi sebuah universiti teknikal bertaraf dunia.
Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, bagi tujuan itu UMP kini sedang memperbanyakkan bilangan penyelidikan serta membangunkan pelbagai projek.
“Alhamdulillah UMP telah berjaya melalui dua fasa penting iaitu meletakkan asas universiti teknikal (2002-2007) dan memperkukuhkan asas serta menjana kecemerlangan (2008-2010).
“Kini era pelan strategik (2011-2015) dan warga UMP sedang giat berusaha merealisasikan UMP ke arah universiti pilihan utama,” katanya.
Universiti tersebut kini melindungi harta inteleknya sejak tahun 2008 dengan mempatenkan empat fail dan ia bertambah kepada 49 fail setahun selepas itu.
Ia sekali gus menjadikan universiti berkenaan antara institusi yang memfailkan paten terbanyak pada peringkat nasional.
kredit : kosmo.com.my

kacang tanah &khasiatnya

Kacang Tanah (Arachis hypogea) merupakan sejenis spesies kekacang dari famili Fabaceae yang berasal dari Amerika Selatan. Kacang tanah merupakan sejenis tanaman tropika. Ia tumbuh secara renek setinggi 30 hingga 50 cm (1 hingga 1 kaki). dan mengeluarkan daun-daun kecil. Kacangnya pula tumbuh didalam tanah
Kacang tanah biasanya dimakan begitu sahaja. Ia boleh disediakan dalam pelbagai cara seperti direbus, digoreng, dibakar, dihancurkan dan berbagai lagi mengikut keraviti sesaorang itu mengolah makanan ini.
Kacang tanah kaya dengan lemak, . mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus.vitamin A dan K, lesitin, kolin dan kalsium. kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari dedaging, telur dan kacang soya. Mempunyai rasa yang manis dan banyak digunakan untuk membuat beraneka jenis kuih-muih.
Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang dapat membina ketahanan tubuh bagi menentang penyakit. Mengambil satu auns kacang tanah lima kali seminggu dilaporkan dapat mencegah penyakit jantung. Memakan segenggam kacang tanah setiap hari terutama pesakit kencing manis dapat membantu kekurangan zat.
Kajian-kajian menunjukkan kacang tanah boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan juga paras kolestrol dalam darah, berkesan untuk melegakan penyakit hemofilia atau kecenderungan mudah berdarah, penyakit keputihan dan insomnia.
Namun Kacang tanah sangat dicegah pengambilan pada mereka yang menghadapi penyakit jenis ketumbuhan atau cancer payudara.Penyakit gaut dan yang mempunyai masaalah jerawat atau acne juga dinasihatkan berhenti mengambil kacang tanah.
~~~~~~~~~~~~thanx yeahh sudi bc~~~~~~~~~~~~~~

Sabtu, 25 Jun 2011

x-primen

jom try niii..,,

Kali ini, mari sama-sama kita jalankan satu eksperimen sambil mendekatkan diri kepada Allah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah gelas kaca, air masak, kicap, dan sehelai wang kertas.

Langkah 1:

Tuangkan air masak ke dalam gelas kaca sehingga lebih daripada separuh.

Langkah 2:

Ambil wang kertas dan lihat siri nombornya menerusi gelas berisi air tadi.

Caranya ialah dengan meletakkan wang kertas di bahagian belakang gelas, dan lihat menerusi gelas berisi air dari bahagian hadapan.
Langkah 3:
Sekiranya anda dapat melihat siri nombor wang kertas tersebut, catatkannya dan semak semula.

Langkah 4:

Fikirkan beberapa perbuatan dosa tidak kira dosa kecil atau pun dosa besar yang kerap atau pernah anda lakukan.

Langkah 5:

Sebutkan perbuatan dosa tersebut sambil titiskan kicap ke dalam gelas berisi air tadi.

Untuk setiap dosa kecil, titiskan kicap sekali sahaja, manakala untuk setiap dosa besar, titiskan sebanyak tiga kali. Untuk dosa kecil yang anda lakukan berulang kali, titiskan kicap sebanyak tiga kali sahaja.

Langkah 6: 

Ulang langkah 2 dan 3 dengan menggunakan air yang telah dititiskan kicap tadi.

Bagi memastikan saudara saudari menjalankan eksperimen ini di rumah, keputusan eksperimen tidak akan disertakan di sini, tetapi saudara saudari sekalian perlu menyatakan keputusan eksperimen yang saudara saudari buat di bahagian komen untuk dikongsi bersama.

Selain keputusan, saudara saudari juga boleh nyatakan jenis-jenis dosa yang biasa kita buat serta nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada eksperimen tersebut.

Selamat mencuba! Lets do it!

kUrsUs kEpImpInAn kEtUa pEnGaWaS 2011

assalamualaikum...
wah!! dh b'sawang blog nieyh :)
hurm..21-23 Jun 2011 yg llu.. wana terpilih utk myertai kursus kepimpinan ketua pgwas sekolah2 negeri kedah 2011.
lyk k wana jdi PEMIMPIN??? hurm,,
-----------------------------------
mcm2 xtvti  ad.. syi0kk glerr3!!
dpt ilmu baruuuuu..
ps ue..dpt rmi kwan...
dlm 159 owh ue.. da lr lm 10 owg yg mmg ktwrg pnh knl..^_^

then,, utk LDK wana grup 1. [be brave]
kwd kki: team 3. ana lu'lu. [team plg smpoii. HAHA]
dh ue wana kna jdi PENOLONG KETUA PLATUN. hahaxs!
ok r ue an2. n pling xsuke..kna start sblh kiri. aduuussshh!
KRS start knan... dh bse,so susa r.
ap2 un..terbaiiikk r kem nieyh!
i'm really mishh them!! muaaahhhxx!!

ceyh! ngh pikiaq pa xta0 lr =="
ap2 un..mmg best kem nii!

Sabtu, 18 Jun 2011

ily..ayh!!

ayahh...
kelmarin dlu..
kelmarin..
semalam..
hari ni..
esok..
lusa..
tulat..
adlah HARI BAPA bg kakak.
cyunk ayah!! <3
Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda...

Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan

Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu

Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”

Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja

Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau....
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal ...
.....Gagal kami temui dalam setiap dakapan
.....Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
.....Gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami....
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan

Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Rabu, 15 Jun 2011

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI DAN BULAN

Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ  ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ  ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.

Dalilnya :

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ

 ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Dalilnya :

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا  لا  ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”

Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian

i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :

i.                    Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).
ii.       Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari ( syuruk ).
*        Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

ii.      Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

i.  Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi  tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً  ثُمَّ  رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ  رَأْسُهُُ فَقَالَ  سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ  رَكَعَ  رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى  ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً  ثُمَّ فَعَلَ ِفي  الرَّكْعَةِ  الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ  ثُمَّ سَلَّمَ  وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ  النَّاسِ فَقَالَ ِ في  كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ  إِنَّهُمَا  آيَتَانِ  مِنْ  آياَتِ اللهِ  َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

MaksudDari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan
(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’  ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
  
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81)
Secara ringkasnya seperti berikut :

1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4.       Membaca surah al-Fatihah.

5.       Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.

b.   Rakaat kedua.

1.       Membaca surah al-Fatihah.
2.       Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4.       Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah       
          atau mana-mana surah.
5.       Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.
11.     Memberi salam.

*        Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
*        Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
*        Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i.        Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
ii.       Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
iii.      Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai,  jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
iv.      Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh :
i.        Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
ii.       Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
iii.      Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.

 (Sumber mufti.perak.gov.my)

Ahad, 12 Jun 2011

Ym|yM|YM

heyy!! lom tdo agi??
hurm..wana da tdo tdi. then t'JAGA.
bgn>>abx wdhk>>abx bku BI.*bajet rjin>>nngok lptop.on9 ym.

---------- >>
then cht with my friend!!
capital S =="
who?
erm.lw syaz___! bkn lr.
dy da blx ostel t'CHENTA dy uhh.
with syarifuddin nazri loll!
erm,knl kt tagged. HUHU. sjk hjung thn 2009 agi kowt.
bdx sms sremban~~~

syi0k gk cht ngn dy mlm nieyh. HUHU.
sbnqnya dh lme xcht. bp lme??
nth la..xckop jri nx kre.
cht pnya cht. gdoh2..baek smula.
then,mx dri nx tdo.bsx schl.

oit.syarifuddin. t8 cre aww!
nx noty un..noty lr.schl awk..lki suma.
ngee~

jom smbung tdo. erm,to bku BI yg wana abx nx bt lthn ue..so sorry yeah dear.
assalamualaikum.

Sabtu, 11 Jun 2011

ustazah???

lalalala..
kli ni nx story r ckit sl sorg kwn wana nie..
spe ae??
erm..jap2! *ngh pk nme..[lpe daa~]

browse a pic>> loading>> pic spe ue??

yg sblh kri ue fifi..n sblh knn ue,kwn dy.

haa..ni lr.erm,,sbnrnya..xta0 nx story ap.
sbb dy byk tlg wana. thanxs yeah,fifi!! :)
hepy2 an wana...
klw sume kgkwn wana dh lx ostel..
dy lr yg hepii an wana.
erm,, sma2 memotivasikn dri dlm pljrn. ahaks!
b'tukar2 pndgn..hurm,,
lw time exm ue..share2 nek ap.. [ni yg sukee ni]
then, tg0r wana lw dy nngok wana t'llu smbg ngn laki. =="
n..1 ayt yg xbole blahh r..HUHU.
dri f3 cpi skrg..pggl wana .::.USTAZAH.::.
ustazah un ustazah lr. xp..e2 kerjaya yg HALAL.
kata2 an 1 doa. hurm,it's ok. wana accept. :)
[dr.ortopedik ... ustzh]
ok lr an..ustzh utk ank2.. *HAHA,blja un blom hbis..ad hti ckp sl ank.
tmbhan.. calon "_____" un x lgs0ng!
heyy wana!!
 kejar CITA-CITA dahulu okisss~
then,
baru CINTA..
tpi.. gurl kna tgu umh jewp. tgu owg msk mmng..*yke?
berapa rmai gdis skrg yg mcm ue?? ISTERI SOLEHAH ue!!

suda2! blx kpd topik ..
.afifi.
tentiiiuuu soooo muchhh
fifi bdx baek okiss
xjaat lr.
haisshh +_+
thanks lgi skli coz byk tlg ktwrg.[wan_a]
dy krim salam at fifi pgi tdi at 03...erm,,xigt lr.
tpi kol 3 pgi lbeyh r.
assalamualaikum..

ok lr. nx g ttw dlu~
bsx schl..
[syazwan_a]

Jumaat, 10 Jun 2011

| lalalala..hepy mood! |

HEHE..
wink.wink.wink.

heyy,wana!! np ko hepy cgt ni?
-erm,xd p2 lr.my best...friend IM td.
ckop lr wlaupn chat sekejap jewp. 3 mnit?? 
ckop r ue. HEHE =="

awk,,bsk awk lx ostel dh..
so,t8 cre plisss. *mryu cgt* HUHU
don't noty2 tw!_! 
hurm,agi 2bln lbeyh awk blx. i'm wait.
lalala. blx rye ae?? tema fmli ktw ne.. 
erp,,rhsia2. t cme ngn fmli awk cm thn lps lx. :)

k lr. wana nx k Jitra. daa~
assalamualaikum. 

Rabu, 8 Jun 2011

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011

assalamualaikum...

pnat wana nngok bdx2 f3 thn ni bt folio. HEHE =="
so, senior yg PRIHATIN nii nx tlg junior2nyaaa.
tp utk sbjk GEOG ja lr. **nx hbq siap2..akk bt ayt bse2 jewp.xb'bga2.. just utk bntu kowg jewp.

1. PENGHARGAAN.

Dalam tempoh melaksanakan kerja kursus ini, saya telah menghadapi beberapa cabaran yang agak menyulitkan. Namun, kerja kursus ini tetap dapat dijayakan atas bantuan dan kerjasama yang telah diberi daripada beberapa pihak.
            Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Naka, Tuan Haji Solleh bin Ibrahim yang telah memberikan kebenaran kepada saya dan rakan – rakan untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada guru subjek Geografi Tingkatan 3, Encik Roshidi bin Derani yang telah banyak memberi penerangan dan tunjuk ajar mengenai format kerja kursus Geografi PMR. Beliau juga membimbing dan membetulkan kesilapan dalam proses penghasilan projek ini.
            Sekalung budi kepada kedua – dua ibu bapa saya, Encik Ku Ahmad bin Ku Abdullah dan Puan Zahrah binti Yahya, kerana telah memberi sokongan dan dorongan untuk saya menyiapkan kajian ini. Tidak dilupakan juga kepada 20 orang penduduk Pekan Naka atas responden yang diberi dan sudi ditemu bual. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada rakan sekelas, 3 Agama kerana sudi menolong saya dalam menjalankan kerja kursus ini.
            Saya amat berterima kasih kepada pihak – pihak yang terlibat dan sudi memberi bimbingan, sokongan serta kerjasama sepanjang tempoh penghasilan kerja kursus ini.
 2.PENDAHULUAN.
Kajian kerja kursus ini perli dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kami semua telah diberikan tajuk Pencemaran Alam Sekitar. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mengalami pencemaran alam sekitar.
Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana kawasan kami mempunyai Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) dan memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kajian kerja kursus ini ialah bermula bulan April sehingga bulan Jun iaitu kira2 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tenang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.
3. OBJEKTIF KAJIAN.
Berikut adalah objektif2 kajian yang telah saya jalankan:-
  • menyatakan maksud konsep pencemaran alam sekitar dengan tepat dan jelas.
  • menyenaraikan jenis2 pencemaran alam sekitar.
  • menghuraikan punca pencemaran alam sekitar.
  • menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar.
  • mencadangkan langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.
4. KAWASAN KAJIAN.
Naka terletak dalam Mukim Tekai dalam Daerah Padang Terap. Jaraknya dari Pekan Kuala Nerang kira – kira 20 kilometer dan 45 kilometer dari Bandaraya Alor Star. Jumlah penduduk Mukim Tekai dianggarkan kira – kira 19,431 orang. Manakala penduduk Naka dianggarkan kira – kira 8000 orang. Keluasan Pekan Naka ialah 462.79 hektar. Naka terletak pada ketinggian 24 meter dari aras laut. Kawasan ini dikelilingi oleh bukit – bukau. Terdapat juga kawasan tanah pamah dan tanah beralun. Naka terletak di kawasan pedalaman. Kegiatan ekonomi utama penduduk di sini ialah pertanian iaitu penanaman getah, kelapa sawit dan padi. Terdapat juga penduduk yang bekerja dalam sektor kerajaan dan swasta. Naka mudah dihubungi dengan kawasan – kawasan lain melalui sistem jalan raya yang baik

*peta bt sdri yerkk. 
5.KAEDAH KAJIAN.
*      Temu bual

Saya bersama – sama rakan sekumpulan telah menemubual lima orang responden di sekitar Pekan Naka bagi mengumpul maklumat tentang kegiatan ekonomi di Pekan Naka.

* Soal selidik
Saya telah menyediakan satu set borang soal selidik untuk diajukan kepada 20 orang responden di Pekan Naka. Kandungan soal selidik tersebut adalah seperti dalam
Lampiran 1.

*      Kajian perpustakaan
Saya dan rakan sekumpulan merujuk kepada buku di perpustakaan tentang migrasi penduduk untuk memahami dengan lebih lanjut.
-utk dpatn kajian & rumusan..klik link ni,,

hope dpt m'bntu kowg,, akk xmx ap2..just tlg follow jewp blog ni..
thanks yeaahh!

Isnin, 6 Jun 2011

Zainab al-Ghazali

assalamualaikum sumaaa??
pa khbq?? sehatt ark??
hurm,,kli ny wana nx share ngn kowg ttg ZAINAB al-GHAZALI.
erm, kowg pnh dga ark nme ny?? penah?? alhamdulillah. bgi yg xpnh..jom ktw telusuri biodata insan ni. 

 Zainab al-Ghazali adalah wanita yang memperjuangkan hak-hak Islam. beliau dilahirkan pada 1917 di Buhaira,Mesir. beliau adalah keturunan Khalifah Umar al-Khattab & al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Bapanya seorang guru agama & peniaga kapas. bapanya juga seorang pelajar lulusan U.al-Azhar.

zainab adlah wanita kental & berani dalam memperjuangkan agama Islam. semasa beliau masih remaja iaitu pada tahun 1936, beliau menyertai Kesatuan Wanita Mesir. namun,beliau keluar daripada kesatuan itu & menubuhkan Jamaah Wanita Muslimah. penubuhan Jamaah Wanita Muslimah adalah bagi mengurus segala perkara yang berkaitan dengan aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam. hurm,, hebat an3? maseyh remaja..tp byk jsanya.kitaa......

okee2. beliau ni seorang yang aktif dalam Pertubuhan Wanita.
pada tahun 1928, Hasan al-Banna bertemu Zainab untuk menjadi penggerak kepada sayap wanita bagi pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Imam Hasan al-Banna mahu supaya Jamaah Wanita Muslimah bergabung dengan Ikhwanul Muslimin. Namun,Zainab menolak pelawaan itu tetapi bersetuju memberi kerjasama apabila diperlukan. kemudian, Zainab berbaiah dengan Imam Hasan al-Banna pada tahun 1948. pada tahun 1949, beliau menyokong & memperjuangkan agama Islam bersama Imam Hasan al-Banna . tanggal 12 Februari 1949, Imam Hasan al-Banna ditembak & mati syahid. innalillah...

peritiwa kematian Imam Hasan al-Banna tidak mematahkan semangat Zainab dalam memperjuangkan daulah Islam. Bersama pengganti Ikhwanul Muslimin yang baru ian Hasan al-Hudhaibi, Zainab menunaikan baiahnya. namun, perjuangannya bersama Ikhwanul Muslimin ditentang hebat oleh pemeritah iaitu Jamal Abdul Nasser, kisah penderitaan hidupnya semasa pemerintahan Jamal Abdul Nasser ada tertulis dalam kitab Hari2 Dalam Hidupku.

erm,,stakat eni dlu okee~
ngntok la.. zZzzz
assalamualaikum ,,

Khamis, 2 Jun 2011

kEjaHataN Yahudi

Dalam buku Qabaih al-Yahud dijelaskan 12 kejahatan Yahudi yang termaktub dalam Al-Quran. Kejahatan itu adalah seperti berikut:
1. Menuduh Nabi Musa punya penyakit kusta kerana tidak mahu mandi bersama mereka.
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya dari segala cacian yang mereka katakan; dan adalah Dia seorang yang mulia di sisi Allah." (33:69)
2. Enggan melaksanakan Taurat, sehingga Allah mengangkat gunung Tursina untuk mengambil perjanjian yang teguh.
"Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil Kami berfirman):
"Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) Yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (Apa Yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)".
Mereka menjawab:
"Kami dengar, dan Kami menderhaka". Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad):" amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman." (2:93)
3. Tidak mahu beriman kecuali jika melihat Allah langsung.
"Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya." (2:55)
"Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah Engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu.
Mereka berkata:
"(Wahai Musa) Perlihatkanlah Allah kepada Kami dengan nyata (supaya Kami dapat melihatnya dan percaya kepadaNya)". Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu)." (4:153)
4. Merubah perintah Allah.
"Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah daripada benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa Kami '; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik." (2:58)
"Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka)." (2:59)
5. Menuduh Nabi Musa mengolok-olok mereka saat mereka disuruh menyembelih sapi betina.
"Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". mereka berkata: "Adakah Engkau hendak menjadikan Kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)." (2:67)
6. Menulis Al kitab dengan tangan mereka, lalu mengatakan ini dari Allah.
"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu." (2:79)
7. Memutar-mutar lidahnya untuk meyakinkan bahawa yang dibacanya itu adalah wahyu yang asli.
"Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. dan mereka pula berkata: "(Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)." (3:78)
8. Mengubah Firman Allah.
"(Sesudah kamu - Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?" (2:75)
9. Menyembah patung sapi.
"Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)."
(2:51)
"Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim." (2:92)
10. Mengatakan tangan Allah terbelenggu.
"Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (Nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan." (5:64)
11. Menuduh Allah itu faqir.
"Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) Yang mengatakan: bahawasanya Allah miskin dan kami(yahudi) ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasanyYang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: "Rasalah kamu azab seksa Yang sentiasa membakar." (3:181)
12. Menyuruh Nabi Musa dan Tuhannya berperang untuk mereka.
"Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, Sesungguhnya Kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah Engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. sebenarnya Kami di sinilah duduk menunggu." (5:24)