CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Khamis, 6 Disember 2012

Tolong Jagakan Dia Ya ALLAH

Hubungan antara dua jiwa
Yang berlainan jantina
Perlu ada batasnya
Perlu ada jaraknya
Perlu ada hadnya
Perlu ada pengawasnya
Melainkan sudah disatukan dalam ikatan yang teramat mulia
Dalam lafaz sakinah
Yakni dengan akad nikah.

Jika akad belum mengikat diri
Bentengilah hati
Kawallah hati
Pandulah pergaulan
Kekalkanlah jarak
Minimumkanlah urusan
Tegaskanlah peribadi

Kuatkan hati dan lisan untuk berkata 'TIDAK'
Pada perkara yang sia-sia
Pada perkara yang remeh-temeh
Pada perkara yang boleh melalaikan hati
Pada perkara yang boleh menggugah iman.

Namun, bagaimana jika sudah terlanjur mesra?
Bagaimana jika sudah terlanjur bergerak mengenali?
Bagaimana jka sudah terlanjur biasa bergurau senda?
Bagaimana jika sudah terlalu kerap berhubungan atas urusan yang tidak penting?

Usah khuatir!
Usah bimbang!
Usah risau!

Ingatlah, Allah itu Maha Pengampun
Lagi Maha Luas Pengampunannya
Serta Maha pengasih
Lagi Maha penyayang

Maka

Ayuh, mari kita mulakan dari awal!
Ayuh kita kawal hati
Ayuh kita dalami hakikat dikurniakan hati oleh Sang Pencipta
Ayuh kita dekati para solehin
Ayuh kita dampingi bacaan-bacaan motivasi penguat diri
Ayuh kita lazimi Al-Qur'an dan hayati terjemahannya
Ayuh kita dekati Sang Khaliq!

Agar langkah yang baru ini terasa lebih kuat
Agar dapat istiqomah melakukannya
Agar kelak mardhotillah dapat dicapai.

*****
Ya Allah,
Diri ini melutut, memohon dengan penuh kerendahan hati, ampuni dan terimalah taubat ini, permudahkanlah jalannya, kuat dan tegarkanlah hati serta tekad ini.
Aku berserah pada-Mu ya Allah, sesungguhnya telah kusedari semua ini dulu ya Allah, namun ternyata kekuatanku belum cukup untuk bertindak, maka kini setelah aku makin sedar dan punya sedikit kekuatan, tidak ingin lagi aku tangguhkan ya Allah, tidak sanggup lagi aku lewat-lewatkan.

Ya Allah,
Bantulah aku untuk melangkah, seandainya dia benar milikku yang telah Engkau tetapkan di Luh Mahfuz, seandainya juga dia baik untuk agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku samada cepat atau lambat, takdirkanlah dia untukku, permudahkanlah serta berkatilah dia untukku, tolong jagakan dia ya Allah..
Namun, jika sebaliknya ya Allah.. Engkau redhailah hatiku, Engkau jauhkanlah aku daripadanya dan jauhkanlah dia daripadaku, Engkau buangkanlah jua segala rasa yang mungkin timbul ini ya Allah.
Aamiin ya Rabb..

# awak, jaga diri ya.

Sabtu, 1 Disember 2012

Saya tahu saya tak cantik

"Phewittt! Yo! Aweks cun lalu lah. Wahhh!! Comelnya dia. Perghh!! Dia jeling! Assalamualaikum boleh abang nak kenal?" usik sekumpulan budak nakal yang tak pergi solat Jumaat, tapi bangga kemain dekat kedai makan sambil 'phewit phewit' awek yang lalu lalang sambil ketawa berdekah-dekah.
"Ha! Artis Korea ni cute sangat-sangat! Very love her! Nak jadi macam dialah. Kenapa dia lawa aku tak lawa? Semua baju dia pakai semua nampak cantik. Ishhhh... jelesnya aku!", bentak seorang gadis sambil menatap sebuah majalah hiburan yang terkenal.
KECANTIKAN : DI MANA NILAINYA?
 sememangnya hidupan yang pelik, istilah kecantikan didefinasikan kepada pelbagai. Kalau di Iran, wanitanya begitu obses dengan hidung yang dibedah, atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan mengghairahkan. Bagaimana dengan masyarakat kita sendiri pula?
Tidak perlu mempunyai hidung yang mancung seperti paruh seludang, atau wajah yang sesempurna Aishwarya Rai. Cukup dengan berpakaian tapi seolah-olah "bertelanjang" dan mengenakan kain ela yang pelbagai untuk menutupi kepala, itu cantik namanya.
Minta maaf bukan hendak memperlekehkan kecantikan plastik wanita, itu realiti yang telah lama bertapak dalam mentaliti masyarakat kita. Tipikal? Tiada siapa yang boleh menafikannya.
Pada saya kecantikan ialah bagaimana mata mereka yang memandang itu mentafsirnya. Lebih tepat, pandangan orang lain terhadap fizikal kita. Betul! Dan saya pernah membuat eksperimen sendiri dengan mengajak adik-adik di sekolah untuk memilih artis wanita yang mereka rasakan tercantik.
Hasilnya seperti diduga, setiap daripada mereka memilih artis wanita yang berlainan. Bila saya tanya kenapa pilihan masing-masing yang terbaik, semua sibuk memberikan seribu satu alasan yang tidak boleh diterima oleh akal saya.
Lihat! Bukankah itu bukti yang nyata bahawa kecantikan itu terlalu besar skopnya untuk diperjelaskan kepada umum? Apa yang cantik di mata saya atau anda, tidak semestinya akan cantik pada pandangan orang lain juga.
Persoalannya, adakah apa yang kita ada sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim dan pilih bulu dengan memberi sesetengah daripada kita wajah yang cantik manakala setengah lagi fizikal yang tidak sempurna?
Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu mengapa ada sesetengah daripada kita masih meratapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing? 
SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..
ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI
Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.
Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).
Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.
Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.
Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan saya. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik, bukan?
Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.
Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen". Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.
Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.
Wallahu'alam .