CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Rabu, 16 Mac 2011

sejarah penerokaan NAKA

Suasana negeri Kedah pada awal 1800-an berada alam keadaan tidak menentu. Serangan-serangan tentera Thai-Siam dan konco-konconya menyebabkan ramai orang Melayu melarikan diri ke negeri Kedah. Pada waktu ini berlaku penghijrahan orang-orang Ligor dan Petani ke Kedah. Mereka telah membuka petempatan baru di kawasan-kawasan pendalaman Kedah seperti di Mong Gajah, Pong Kha, Pedu, Kampung Bendang Pak Bahar, Kampung Bayas, Na Pit, Pak Kra dan lain-lain lagi.

Pada pertengahan abad ke 18 Hj Abu berserta anak-anaknya (Haji Shafie, Lebai Samad, Jenab dan Pek Chet) berpindah ke Kampong Bendang Tok Teri dari Kampung Masjid. Haji Abu mengelolakan dan mentadbir Bendang Tok Teri sehingga beliau diakui dan diiktiraf sebagai Ketua masyarakat di Bendang Tok Teri dengan gelaran "Tok Nai Ban" oleh Panglima Haji Mohamad Salleh pada waktu itu. Keuzuran Haji Abu, peranan menjaga Kampung Bendang Tok Teri tersebut diteruskan oleh anak sulungnya Haji Shafie. Antara anak-anak Haji Shafie ialah Awang Ahmad (Mat Platon). Manakala anak keduanya (Lebai Samad) telah berkahwin dengan sepupunya Mek Mas dari Kampung Masjid. Beliaulah yang mula-mula meneroka Naka.

Sekitar tahun 1920 - 1924 (tahun gelap) oleh Lebai Samad dan Mek Mas (Isteri) dan anak-anak (Meneh, Mariam, Man dan Mat Ali) membuat kampung untuk berhuma dan bercucuk tanam di seberang Sungai sebelah Kampung Bendang Tok Teri (di hadapan Balai Polis Naka sekarang). Kemudian diikuti oleh Saad sekeluarga dan Tok Jaafar dari Kg Masjid. Tok Jaafar tidak kekal lama di situ dan balik ke Kg masjid kerana keluarga tidak mahu ikut berpindah. Lebai Samad, Mat Ali (anaknya) dan Shafie (menantunya) berperanan memakmur dan memajukan Naka. Manakala Lebai Man berkahwin dan belajar di Pondok Chegar, Pendang. Kematian Maneh menyebabkan Shafie pulang ke Kg Bukit bersama anaknya Aziz dan Bakri. Kesedihan Lebai Samad membawa kematian beliau dan diikuti oleh anaknya Mat Ali pada tahun berikutnya, Peranan memajukan Naka beralih tangan kepada anak Saad iaitu Lateh. Lateh (Tok Lateh) memanggil pulang sahabatnya Lebai Man (Tok Wak anak lebai Samad)) dari pondok Cegar agar sama-sama memajukan Naka. Tok Wak menyerahkan segala urusan memajukan Naka kepada Lateh dan beliau lebih menumpukan kepada hal-ehwal agama masyarakat setempat sehingga akhir hayatnya. Omar anak Mariam binti Lebai Samad merupakan orang pertama kelahiran Naka

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lgu nie bru bes..hehe..

ku syazwana berkata...

tq2