CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Isnin, 8 November 2010

mEroKok???!!!

SOALAN: Apakah sebenarnya hukum merokok?Dulu dengarnya makruh,sekarang haram pula,kenapa?

HUKUM: Haram tanpa keraguan mengikut ulama kontemporari setelah kajian demi kajian moden mengesahkan rokok sangat berbahaya untuk kesihatan dan asapnya memudaratkan diri sendiri serta orang lain.Kajian itu belum didapati oleh ulama terdahulu ketika menghukumkannya makruh.

DALIL: "Dan menghalalkan segala benda yang baik dan mengharamkan segala benda yang buruk"(Surah al-A'raf 7:157).

"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan..."(Surah al-Baqarah:195).Berdasarkan kesepakatan doktor yang bijaksana lagi dipercayai, merokok termasuk dalam punca-punca yang menyebabkan kebinasaan tanpa keraguan.

"Dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau"(Surah al-Isra' 17:26-27). Merokok adalah satu pembaziran yang memusnahkan keluarga dan ekonomi.

Hadis riwayat Abu Daud di dalam sunannya, katanya "Harun bin Abdullah menceritakan kepada kami, katanya, Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami,katanya, Yunus bin Ishak menceritakan kepada kami daripada Mujahid daripada Abu Hurairah r.a. katanya:"Rasulullah SAW melarang mengambil ubat-ubatan yang keji."(Hadis sahih) Ubat yang keji pun syarak melarangnya apatah lagi mengambil ibu segala ubat kekejian iaitu rokok.

Tiada ulasan: