CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Jumaat, 30 November 2012

Minat Artis & Pelakon KOREA

Alhamdulillah... Syukur kehadrat Illahi kerna limpah kurnia-Nya kita masih lagi dapat menyedut udara yang segar dan dikelilingi hutan yang menghijau.

Hmm, tahun ini along lihat di sekolah sudah menjadi satu trend. trend ap ? haa.. KOREA !! Sana - sini semua berkaitan Korea. Lagu Korea yang mereka tidak tahu maksud dan bukan bahasa komunikasi harian kita pun senang saja mereka menghafal. uhh ! eh cik kak, cik adik, cik abang.. lagu Korea laju ja kan "hampa" nyanyi. Asma al-Husna tersekat- sekat pulak. **take note please**

" Lambakan drama - drama Korea telah membawa kegilaan kepada golongan remaja. Ada yang mengharapkan kekasih seperti artis korea dan mengangan - angankan cinta romantik seperti di dalam drama.  Jadi, apakah HUKUMnya kalau kita begitu menyukai hero, heroin dan percintaan dalam drama - drama tersebut ??? "
Baiklah , sila teruskan pembacaan anda :)
Kita perlu membezakan antara suka , minat dan sayang. Secara fitrahnya semua orang suka melihat perempuan cantik dan pemuda yang kacak kerana ini adalah fitrah manusia sukakan sesuatu yang elok dan bagus. Minat pula timbul. Biasanya, orang yang meminati pemain bola sepak adalah orang yang mengetahui maklumat tentang dunia bola sepak. Mustahil seseorang meminati bola sepak sedangkan dia sendiri tidak tahu apa- apa berkaitan bola sepak. Rasa sayang pula terhasil apabila rasa suka didorong dengan maklumat yang menguatkan minat, wujudlah rasa sayang yang kuat terhadap seseorang. Suka dan minat tidak salah, namun... Jika sayangkan artis, ini berMASALAH !!!

Kita perlu memahami bahawa hiburan adalah tidak dilarang dalam Islam. Namun, di sana ada batasan yang telah digariskan oleh syarak dalam berhibur. Apabila disebutkan drama Korea, maka kita tidak boleh menghukum semua drama Korea adalah buruk dan tiada moral. Adakalanya drama itu mengajarkan kita tentang semangat sepasukan, kerjasama dan kasih sayang. Hukum menonton drama Korea adalah sama hukumnya menonton drama lain. Jika di sana ada pendedahan aurat dan perlanggaran batas syariat, maka ia adalah dosa. Jika diteruskan menonton, seolah - olah kita berterusan membuat dosa - dosa kecil. Orang yang melazimi dosa kecil ditakuti akan mati dalam Su'ul khatimah (kematian yang buruk). Na'uzubillah !!! Berbeza jika menonton drama Islamik. Hukumnya harus selagi tiada perlanggaran syariat.

Bagi peminat yang melazimi drama Korea mahupun bollywood atas tujuan berseronok, maka dia perlu berhati - hati kerana boleh membawa kepada minat dan sayang kepada artis yang jelas bukan beragama Islam. Pelakon itu terang - terangan melakukan perbuatan haram seperti tidak menutup aurat, bercumbu, bersentuhan kulit, minum arak dan sebagainya. Seandainya kita suka dan bersetuju dengan perbuatan mereka, maka seolah - olah kita juga bersubahat dengan dosa tersebut. Haram hukumnya dan berdosa.

Apabila timbul rasa sayang kepada artis sebegini, maka di situ sudah berlaku perlanggaran sempadan syariah secara jelas. Nabi Muhammad SAW bersabda, " Seseorang itu akan dihimpunkan di akhirat bersama orang yang disayanginya". Tuntasnya, jika kita mencintai orang buka Islam, bererti tempat kita di akhirat bersama orang bukan Islam. Na'uzubillah !

Nabi Muhammad SAW bersabda, " Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga kamu mencintai aku lebih daripada mencintai ibu bapanya, anak - anaknya dan manusia seluruhnya". Lihat, rasa cinta dan sayang adalah ukuran keimanan. Rasa cinta dan sayang di dalam hati itu sebenarnya adalah perlu diisi dengan cinta Rasulullah SAW. Bagaimana pula kita sanggup tukarkan ia dengan cinta terhadap artis ? Adakah wajar kita setarafkan cinta artis Korea dengan cinta Rasulullah SAW ?

Nah, secara tidak sedar sebenarnya orang yang mencintai artis adalah orang yang telah mencemarkan martabat cinta Rasulullah SAW. Adakah orang sebegini layak untuk nabi mengakui sebagai umatnya ?
Tepuk dada, tanyalah iman .

Wallahu'alam :)

Tiada ulasan: