CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Khamis, 3 Februari 2011

Kisah Kera dengan Nelayan

Pada zaman dahulu,terdapat sebuah kolam yang besar di dalam hutan. Di tepi kolam itu, tinggal seorang nelayan bersama-sama ahli keluarganya. Setiap pagi, nelayan itu membawa pukat ke tepi kolam untuk menangkap ikan.
        
Pada suatu pagi, nelayan itu pergi menangkap ikan lagi. kelihatan nelayan itu berditi di pinggir kolam. Kedua-dua belah tangannya memegang pukat, kemudian ditebarkannya pukat itu ke dalam kolam. Tidak lama kemudian, nelayan pun menarik pukat itu. Puluhan ekor ikan yang bersinar-sinar dengan cahaya berwarna perak sedang melompat-lompat di dalam pukat. Nelayan menangkap dan membawa ikan-ikan itu balik ke rumah dengan gembira. Pukat yang digunakannya itu ditinggalkan di tepi kolam.

Keseluruhan gerak-geri nelayan tadi diperhatikan oleh seekor kera yang bersembunyi di atas sepohon pokok yang di tepi kolam itu. Ia berasa kagum atas kebolehan nelayan itu lalu berfikir " Pukat ini sememangnya alatan yang baik. Dengannya nelayan dapat menangkap berpuluh-puluh ekor ikan tanpa menggunakan tenaga yang banyak.

Tiba-tiba kera mendapat satu akal. "Rupa dan bentuk kera hampir menyerupai manusia. Manusia dapat menggunakan pukat bagi menangkap ikan, mengapa pula tidak dengan kera???

Tanpa berlengah lagi, kera itu pun menuruni pokok. Lalu berlari ke tepi kolam dan mengambil pukat itu. Kemudian, dengan meniru gaya nelayan menebar pukat. Walau bagaimanapun, pukat yang ditebarkannya itu tidak terbuka, sebaliknya tenggelam ke dalam air seperti segumpal tali serat yang kusut.

Kera menunggu di situ seketika. Kemudian, barulah menarik pukat dari dalam air. Tidak terdapat apa-apa di dalam pukat berkenaan.Kera berasa marah atas kegagalannya untuk menangkap ikan lalu mengambil pukat itu dan ditebarkannya dengan seluruh tenaganya. Kali ini pukat itu terbuka tetapi terlangkup di atas badannya.
Kera mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri. Semakin ia bergerak,semakin kuat dan ketat. Akhirnya, terjatuh dan bergolek-golek di atas tanah dan seterusnya bergolek ke dalam kolam.Ia hampir mati lemas di dalam kolam itu.

Akhirnya, kera berjaya melepaskan diri.Ia naik semula ke tebing dalam keadaan basah kuyup. Walaupun sudah puas berfikir, ia masih tidak faham lalu berkata "SUNGGUHPUN SERAWAN PUKAT YANG SAMA, NELAYAN DAPAT MENANGKAP IKAN DENGANNYA, MANAKALA AKU SENDIRI PULA HAMPIR MATI LEMAS. APAKAH SEBAB YANG SEBENAR???"

>>>selalunya kelihatan mudah dan ringkas sahaja apabila melihat orang lain melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya mereka menjadi begitu mahir adalah hasil daripada latihan yang dijalankan dalam satu jangka masa yang panjang. Oleh itu, jangan sombong untuk belajar da menimba ilmu daripada orang lain.

Tiada ulasan: